ARTIKEL

Gambar Hiasan

Segamat dilanda gempa bumi lagi bermagnitud 3.2

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

JOHOR BAHRU: Gempa bumi lemah bermagnitud 3.2 yang berlaku di Segamat pagi tadi dikenal pasti sebagai susulan kepada kejadian gempa bermagnitud 4.8 pada 24 Ogos lalu, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

Ketua Pengarah MetMalaysia, Dr Mohd Hisham Mohd Anip, berkata gempa pada 8.59 pagi itu berpusat pada kedalaman 10 kilometer di koordinat 2.33 darjah Utara dan 102.79 darjah Timur, iaitu kira-kira 18 kilometer selatan Segamat.

“Analisis mendapati kejadian ini berlaku di Zon Sesar Mersing dan merupakan gempa susulan daripada insiden pada 24 Ogos lalu. Gegaran turut dirasai di beberapa kawasan sekitar Johor dan selatan Pahang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata walaupun ia adalah gempa susulan, orang ramai tidak perlu risau kerana magnitudnya lemah dan tidak membawa ancaman serius kepada keselamatan awam.

MetMalaysia akan terus memantau keadaan ini dan mengeluarkan makluman dari semasa ke semasa, selain menasihatkan orang ramai supaya mendapatkan maklumat sahih melalui laman web rasmi, aplikasi mudah alih myCuaca, media sosial rasmi jabatan atau talian hotline 1300-22-1638.

Setakat ini, tiada laporan mengenai kemalangan jiwa atau kerosakan harta benda diterima. — Bernama

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Liputan Internet Kota Sentosa capai 98.5 peratus

KUCHING: Liputan Internet mengikut kawasan penempatan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Sentosa kini mencapai 98.5 peratus, kata Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Datuk

Polis Sahkan Pegawai Kastam Maut Dipercayai Dibunuh Suami

NILAI: Seorang pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) ditemukan maut dipercayai dibunuh suaminya dalam kejadian di Kuarters Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, malam tadi.