ARTIKEL

Sehelai Daun mewajarkan diksi puitis yang muzikal

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SEHELAI Daun ialah sebuah Kumpulan 84 puisi moden (selepas ini disebut puisi dan/atau sajak) yang mewajarkan diksi puitis. 

Di samping memaparkan diksi puitis, seperti gagasan yang diutarakan oleh Arthur Owen Barfield, dalam bukunya Poetic Diction: A Study In Meaning (1928) yang diperjuangkan penulis, buku ini turut menyajikan gagasan penulis berkenaan dengan:

  • i. Apakah puisi? (di halaman 1-3)
  • ii. Bagaimana saya menulis puisi (halaman 58-62)

Diksi puitis yang digagaskan oleh Barfield (1928) itu perlu difaham sebagai pemilihan kata yang dipaparkan semula oleh Samuel Taylor Colridge bahawa puisi ialah kata-kata terbaik dalam susunan yang terbaik.

Pada kata yang membentuk puisi itu sendiri sudah ada gagasan karya seni yang muzikal:

Ya Rabb…

pada ramadan bulan kemuyliaan ini

akan kutegakkan tiang iman

akan kudirikan dinding takwa

akan kucantas pohon khilaf

akan kusemai bunga insaf

(Sehelai Daun, 2024: 27)

Hal ini demikian kerana kata puisi itu sendiri sudah mengandung nilai keindahan yang khusus untuk puisi.

Puisi ialah sebuah tulisan yang di dalamnya terkandung luahan perasaan dan idea yang diberi intensiti dengan perhatian khusus kepada diksi (kadang-kadang melibatkan rima), irama, dan imejan, seperti dalam beris berikut:

matahari ialah simbol penting dalam puisi ini

Walaupun tidak mudah mendefinisikan kata puisi, dan sukar juga untuk mencirikan keindahannya, tetapi karya sastera itu disebut puitis sekiranya pembacaannya akan:

  • i. Membangkitkan perasaan (emosi / aspek kinestetik)
  • ii. Menarik perhatian
  • iii. Menimbulkan tanggapan yang jelas
  • iv. Menimbulkan keharuan

Gorys Keraf dalam bukunya Diksi dan Gaya Bahasa (1984) menyenaraikan gaya bahasa retoris sebagai:

  • a. aliterasi
  • b. asonansi
  • c. anastrof
  • d. apofasis atau preterisio
  • e. apostrof
  • f. asindeton
  • g. polisindeton
  • h. kiasmus
  • i. elipsis
  • j. eufemismus
  • k. litotes
  • l. histeron porteron
  • m. pleonasme dan tautologi
  • n. perifrasis
  • o. prolepsis atau antisipasi
  • p. erotesis atau pernyataan retoris
  • q. selipsis dan zeugma
  • r. koreksio atau epanortesis
  • s. hiperbola
  • t. paradoks
  • u. oksimoron

Gaya bahasa kiasan pula disenaraikan oleh beliau sebagai:

  • a. persamaan atau simile
  • b. metafora
  • c. alegori, parabel dan fabel
  • d. personifikasi atau prosopopoeia
  • e. alusi
  • f. eponim
  • g. epitet
  • h. sinekdoke
  • i. metonimia
  • j. antonomasia
  • k. hipalase
  • l. ironi, sinisme dan sarkasme
  • m. satire
  • n. inuendo
  • o. antifrasis
  • p. pun atau paronomasia

Tentu sahaja setiap kata itu ada definisi makna, pengertian dan penggunaannya dalam huraian gaya bahasa puisi. Dalam tulisan ini, definisi setiap kata dalam gaya Bahasa itu diserahkan kepada pembaca melakukan penerokaannya.

Di samping itu setiap individu pengarang pula akan ada gaya yang tersendiri sama ada semula jadi demikian atau terpengaruh oleh penulis terdahulu atau diperoleh melalui penelitian dan resensi. 

Namun, gaya menurut Umar Junus (2010) dalam Gaya Bahasa Sastera Melayu, ialah manipulasi bahasa sesuai dengan yang ingin disampaikan pengarangnya.

Gagasan ini terkandung dalam konsep stilistik yang dikatakan ilmu yang mengkaji teknik penggunaan bahasa dalam penulisan yang berkaitan dengan disiplin linguistik. 

Stilistik juga mencakupi stail dan gaya yang dihubungkan dengan penggunaan bahasa sebagai wahana pengucapan. 

Stilistik memfokuskan aspek kebahasaan yang membentuk ilmu gaya iaitu gaya sastera dan gaya bukan sastera.

Dengan perkataan lain, ilmu stilistik ialah ilmu linguistik yang kemudiannya diperluas dalam bidang sastera dengan menekankan kajian tentang bahasa.

Dalam hal ini, kali ini, ialah penelusuran diksi puitis yang muzikal dalam Sehelai Daun.

Tujuan paparan definisi puisi di peringkat awal bukunya ini, pada hemat saya, ialah usaha penulis mengajak pembaca mentafsir puisi dalam kandungan buku ini kerana definisi puisi sehingga ke hari ini masih belum bertemu titik noktahnya yang muktamad.

Seperti yang dinyatakan oleh Rachmat Djoko Pradopo dalam Pengkajian Puisi, (2017: cetakan ke-15) sekali pun definisi puisi tidak pernah muktamad tetapi apabila karya sastera itu hendak difaham atau dikaji, pengkaji perlulah kembali kepada kata yang membentuknya. 

Dalam puisi, kata yang dipilih secara rinci dan teliti dikenali sebagai diksi dan diksi puisi ialah diksi puitis.

Kemudian, pengarang turut memaparkan proses mengarang puisi yang beliau amalkan di halaman 58-62.

Ini bererti bahawa penulis buku ini tidak sahaja menyuguhkan karya sastera untuk ditatap dan dinikmati hasil seninya tetapi turut mewajarkan langkah-langkah yang dilalui oleh setiap puisi yang tampil terampil pada duduk dirinya sebagai sebuah karya. 

Sekali gus kandungan ini memungkinkan pelajar sastera, khususnya yang belajar menulis puisi, dapat menggunakan teknik yang dipaparkan, sebagai salah satu teknik penulisan puisi (dengan tidak menafikan terdapat beberapa banyak teknik penulisan yang lain). 

Ini bermakna bahawa Sehelai Daun bukan sahaja buku karya sastera tetapi turut mengandung cara karya itu terhasil dan mampu berdiri sebagai naskhah untuk diteliti oleh penulis baharu yang sedang berguru.

Sebagai satu kumpulan karya sastera genre puisi moden (sajak) penelitian awal penulis mendapati bahawa rata-rata sajak dalam Sehelai Daun berpaksikan aspek atau mentaliti berpemikiran ketuhanan.

Dari satu sudut penelitian, karya puisi dalam kumpulan ini islamik sifatnya.

Apa-apa sahaja tema yang disuguhkan dan dipaparkan melalui kata-kata pilihan pengarang dalam susunan yang munasabah sesuai dengan yang ingin disampaikannya (gaya bahasa dalam gaya penulisan pengarang) akan membawa pembaca kembali kepada Pencipta. 

Beliau melakukannya melalui diksi puitis yang dipilih secara sedar seperti (kutipan rambang sebagai contoh): Ya Tuhan, Ya Rabb (Rab), Ilahi, Allah, Allah Azzawajalla, Allahurabbi, al-Fatihah, Ramadan Karim, Syaaban, Tuhan Allahu Rabbi:

Dengan nama Allah

pemilik seluruh alam

pemilik segala rasa

pemilik hati nurani

kubisikkan sesuatu dari dasar hati

bagai sembilu yang bersuri

(Sehelai Daun, 2014: 15)

BERITA LAIN

Gunung Wilis dalam Nadi Musim

Aku diam lebih lama daripada usia.Pepohonan adalah huruf-hurufyang setiap subuh membasuh dahinya sendiri.Awan menyunting dahikubagai selendang bagi pengembara buta. Lerengku memerah oleh akar.Akar-akar itu menghafal

Sebelum peluru

Di atas lipatan matamuada segaris kilatyang pernah melilit diperkarangan peristiwaia menjelma senapangmenembak sebelum peluru. Kala petang menyusur pantaidan langit pulang ke makam paling hitamsepertiga cebisan

BERITA TERBARU