Ketibaan 1.3 juta pelancong ke Sarawak antara Januari hingga April tahun ini, menjana perolehan RM3.27 bilion menurut Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Negeri Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah.
Sarawak menyasarkan kedatangan 3 juta pelancong tahun ini yang mampu menjana perolehan sehingga RM7.25 bilion.
Tahun lepas, Sarawak 2.03 juta pelancong memasuki Sarawak dengan anggaran perolehan RM4.96 bilion.






