Pasang dan kibarkan kesetiaan
nusa tempat kita ditakdirkan
mekar yang harum dengan
anugerah
damainya berwarna
sejahteranya bahagia.
Sesekali bacalah sejarah
yang menghimpun kesimpulan
tanah pusaka subur ini
kita memacu tamadun
ke gerbang jaya.
Hulurkan tangan sepakat
dengan pemikiran hasrat
kita akan terus mengukir
dan melonjakkan cahaya
keagungan.
Mendaki ini jangan ada luka
calar
akal bijak dengan teknologi jauh
bersama membajai kedamaian
sambil menyiram
persefahaman.
Telah lama kita membina
tanpa lagi keruh kabus
inilah tanah air tercinta
memecik kirana di peta
nusantara.
ANISSYIFA
Sri Aman, Sarawak.



