ARTIKEL

Sejarah penciptaan kapal selam

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KAPAL selam ialah sejenis kapal yang dapat menyelam di dalam laut tanpa dapat dikesan oleh kapal yang berada di permukaan.

Idea kapal selam dilihamkan oleh ahli matematik Inggeris William Bourne pada 1578 bertujuan untuk berdepan dengan peperangan di laut.

Bagaimanapun, idea kapal selam ini berjaya direalisasikan oleh pencipta Belanda bernama Cornelius Drebbel.

Pada asalnya, kapal selam dicipta oleh Drebbel hanya menggunakan pendayung kayu untuk menggerakkannya.

Bertahan Selama Berjam

Menariknya, kapal ini mampu berada di dalam air dan mampu bertahan dalam beberapa jam sahaja.

Kapal selam ini juga menyediakan tiub pernafasan bagi memudahkan penumpang berada di dalam kapal tersebut dapat bernafas.

Walaupun berbentuk tong kayu, penciptaan kapal selam berjaya direalisasikan selepas beberapa ratus tahun Bourne meninggal dunia.

Kapal Selam Moden

Seiring dengan peredaran zaman, kapal selam juga turut berevolusi dari  segi teknologi malah dikatakan mampu melancarkan serangan nuklear.

Ketika Perang Dingin, AS dan Kesatuan Soviet berlumba-lumba mencipta kapal selam bagi menguasai perairan di dunia.

Selain itu, kecanggihan dan kehebatan kapal selam membuktikan kekuatan ketenteraan masing-masing.

Antara kapal selam paling besar di dunia ialah kapal selam Ohio dan Typhoon yang menjadi kemegahan kuasa besar AS dan Rusia.

Tiada siapa menyangka idea Bourne digunakan oleh dunia moden untuk membuktikan kekuatan ketenteraan laut masing-masing.

BERITA LAIN

ISLAM bawa erti KEAMANAN

Islam membawa erti sejahtera sebagaimana sebuah hadis Rasulullah SAW bersabda: “Muslim itu ialah mereka yang membuat Muslim lain selamat daripada kejahatan lidahnya dan tangannya“. (maksud

LAPOR KES PENIPUAN WALAUPUN KECIL

TIDAK dinafi kan kes penipuan dalam talian semakin ‘mengganas’ ekoran laporan kes semakin meningkat setiap tahun. Ketua Polis Daerah Mukah Deputi Superintendan (DSP) Muhamad Rizal

BERITA TERBARU