ARTIKEL

Sekat orang luar masuk rumah panjang

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTANGOR: Tindakan proaktif penduduk di beberapa rumah panjang dalam mengekang penularan wabak Covid-19 di daerah ini mendapat pujian Adun Meradong Datuk Ding Koung Hiing.
Beliau berkata, inisiatif penduduk dengan memasang papan tanda larangan kemasukan orang awam dalam membendung penularan pandemik itu amat dialu-alukan. Malah katanya, langkah tegas itu sangat baik demi menjaga keselamatan bersama selain memastikan semua pihak sentiasa berwaspada.
“Kerjasama penduduk di rumah panjang amat penting untuk memulihkan keadaan dan memutuskan rantaian Covid-19. “Kita berharap usaha baik yang dilakukan oleh penduduk rumah panjang di daerah ini diteruskan,” katanya ketika melakukan tinjauan di kawasannya pada Sabtu.
Beliau juga menggesa penduduk mengamalkan kebiasaan baharu dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan kerajaan. Pada masa yang sama katanya, pematuhan SOP dan kebiasaan baharu termasuk memakai pelitup muka serta mengamalkan penjarakan fizikal perlu terus ditekankan.
“Ini penting untuk memastikan keadaan kembali normal dan rutin harian penduduk dapat diteruskan seperti biasa. Saya juga menggesa rakyat agar sentiasa berwaspada dan tidak memandang ringan risiko ancaman Covid-19,” katanya.
Dalam pada itu, Kluster Mador, Meradong tidak merekodkan pentambahan bilangan kes sehingga Jumaat dengan kekal sebanyak lapan kes. Seramai 1,238 individu telah disaring dan daripada jumlah itu 1,230 negatif.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha