KEUNTUNGAN hasil jualan minyak urut bernilai hampir RM500,000 hilang sekelip mata apabila isteri kepada pelakon Azlan Komeng menyedari dirinya dikhianati.
Kongsi Nilam, beberapa individu menggunakan nama dan gambarnya di TikTok menyebabkan berlakunya pelanggaran syarat untuk membuat beg kuning bagi menjual minyak urut di aplikasi tersebut sehingga ditarik balik.
Perkongsian tersebut dilakukan ketika dia menyedari ketiadaan beg kuning sekitar jam 1.00 pagi Sabtu lalu setelah mendapat notis pemberitahuan daripada pihak TikTok.
“Beg kuning hilang, ada orang khianat saya sebab mereka guna nama dan gambar saya serta letak di beg kuning pada hantaran TikTok mereka,” jelasnya sambil menangis ketika membuat sesi siaran langsung di TikTok.



