BERIKUT hal yang terjadi sekiranya bom nuklear meledak di angkasa lepas. Letupan itu akan hilang sepenuhnya kerana ketidakhadiran atmosfera di angkasa.
Sinaran haba menghilang kerana tiada udara untuk memanaskan dan memancarkan sinaran berfrekuensi tinggi dari gelombang letupan itu.
Tanpa atmosfera, sinaran nuklear tidak mengalami pelemahan fizik, dan satusatunya penurunan intensiti adalah kerana jarak.
Akibatnya, kadar julat signifikan akan jauh lebih besar daripada yang terjadi di permukaan laut.
Tidak akan ada bentukan awan cendawan kerana tiada gelombang letupan yang menyebabkan kerosakan besar seperti ledakan nuklear di Bumi, kerana tiada atmosfera di angkasa.
Sebaliknya, akan berlaku letupan kuat, bukan hanya haba dan cahaya, tetapi juga sinaran berintensiti tinggi dalam bentuk sinar gamma dan sinar-X, tanpa terhalang oleh atmosfera.
Efek lain yang perlu diperhatikan ialah kesan letupan pada isyarat elektromagnet di arena besar dalam letupan.
Elektron bertenaga tinggi yang bergerak cepat akan menciptakan medan magnet kecil, namun sangat kuat yang disebut sebagai denyutan elektromagnet (EMP).
EMP dapat mengganggu semua peralatan elektronik dalam ruang tertentu.
Efek jangka panjang dari letupan senjata nuklear di angkasa menyebabkan bahan radioaktif yang jatuh ke atmosfera tidak akan menghilang.
Sebaliknya, bahan radioaktif tersebut akan menyebar ke seluruh planet.