ARTIKEL

TUMPAH…Anggota bomba membersihkan tumpahan merkuri tersebut.

Sekolah kecoh gara-gara termometer makmal pecah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Suasana di sebuah sekolah menengah dekat Batu 8, Jalan Penrissen bertukar kecoh apabila sebatang termometer makmal pecah, mencetuskan panik dalam kalangan warga sekolah petang tadi.

Komander Operasi, PBK 1 Kana Tawi, berkata kejadian berlaku sekitar jam 2.40 petang ketika sesi pembelajaran berlangsung di makmal sains.

“Tidak lama selepas menerima panggilan kecemasan, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Lintang tiba di lokasi pada jam 2.54 petang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kana menambah, sejurus tiba, pasukan mendapati tumpahan bahan merkuri akibat termometer yang pecah, yang boleh mendatangkan risiko kesihatan.

Beliau berkata, operasi dijalankan dengan cermat dan pantas bagi memastikan keselamatan semua yang berada di kawasan berkenaan.

“Pasukan bomba menggunakan serbuk sulfur khas dan pita pelekat untuk menyerap dan mengumpul tumpahan merkuri sebelum memastikan kawasan benar-benar bersih dan selamat.

“Operasi dikawal sepenuhnya pada jam 3.19 petang dan ditamatkan empat minit kemudian, tanpa sebarang kecederaan atau mangsa dilaporkan,” katanya.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha