ARTIKEL

Sekolah lama hampir roboh

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

LIMBANG: Pemindahan warga SK Tanjong ke sekolah baharu perlu disegerakan berikutan keadaan sekolah lama sudah tidak selamat digunakan lagi.

Timbalan Menteri Pengangkutan Hasbi Habibollah berkata, sekolah lama hampir roboh akibat hakisan tebing sungai, sekali gus mengundang bahaya kepada guru dan murid-murid.

Menurutnya, dengan kerjasama semua pihak, proses pemindahan warga sekolah itu diharapkan berjalan lancar.

“Saya difahamkan oleh pegawai Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Limbang bahawa operasi SK Tanjong akan bermula di sekolah baharu bermula 17 Ogos (hari ini).

“Saya berharap semua ahli PIBG SK Tanjong turut membantu supaya pemindahan ini lancar dan sesi persekolahan beroperasi seperti biasa,” katanya semasa mengadakan lawatan ke SK Tanjong Limbang, semalam.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Limbang itu berkata, pihak kontraktor perlu melakukan pembersihan dan memastikan kawasan sekolah baharu selamat digunakan.

“Bagi saya, apa-apa yang patut dibaiki seperti disuarakan mesti dilaksanakan oleh kontraktor.

“Antaranya, bilik air yang membahayakan keselamatan murid dan tidak berapa kemas perlu diselesaikan segera,” ujarnya Adun Batu Danau Paulus Palu Gumbang, Timbalan Residen Limbang Sebi Abang, Pegawai Pendidikan Daerah Limbang Mazinan Wahid,Penolong Pegawai Daerah Limbang Hamidah Halpi dan Guru Besar SK Tanjong Tahir Untong antara yang turut hadir.

NOTIS TENDER

BERITA LAIN

Guna wang pampasan untuk pendidikan anak-anak

KUCHING: Penerima wang pampasan untuk Projek Pembangunan Pengangkutan Awam dan Kenderaan Transit Aliran Autonomi (ART)-Depot Sungai Batu, Santubong disarankan untuk menggunakan pampasan tersebut dengan sebaiknya.

Program TVET mampu lahirkan graduan premium

KUCHING: Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) mampu melahirkan graduan yang premium selepas tamat pengajian, kata Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Mohammad Yusof Apdal.

Tambah guru pelatih dan guru di Sarawak  

KUCHING: Kementerian Pendidikan dituntut untuk menambah bilangan guru pelatih di Institut Pendidikan Guru (IPG) serta pengisian kekosongan jawatan guru di negeri ini.  Menteri Pendidikan, Inovasi

BERITA TERBARU

Sarawak dapat peruntukan RM1.5 bilion dari KKDW

SARIKEI: Sarawak terus mendapat perhatian Kerajaan Persekutuan apabila menerima peruntukan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) sebanyak RM1.5 bilion di bawah Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12).