ARTIKEL

Ahmad Noh

SEKOTAK TAMAR DAN LIMAU MANDARIN

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

LANGKAH ku atur panjang.

Aku tergesa-gesa untuk segera tiba ke kubikel.

Komunikasi yang panjang lebar bersama-sama pelajarku sebentar tadi di dalam kelas menyebabkan tubuhku berpeluh.

Aku ingin segera mencari tempat yang dingin.

Merehatkan minda dan fizikal sebentar.

Dapat bersandar di kerusiku berwarna maroon yang empuk.

Perut pun dah mula memainkan irama keroncong.

Lapar. Ahh…buah tadi ada berbaki beberapa potong lagi.

Bolehlah untuk mengalas perut.

Omelku sendirian di dalam hati. Ingatanku kembali kepada bekalan hirisan buah yang disediakan oleh suriku pagi tadi.

Sebahagiannya telah pun kumakan sebelum Zohor tadi. Langkah terus kususun.

Aku memilih laluan pintas agar segera sampai. Jauh juga aku menapak saban hari ke kelas.

Sengaja aku memilih cara begitu.

Sekurang-kurangnya aku dapat meregang ototku yang sejak kebelakangan ini semakin kurang bersenam.

Sekurang-kurangnya dapatlah juga anggota tubuh badanku bergerak aktif setiap kali ke kelas.

Sihat minda dan sihat fizikal. Itulah harapanku.

Assalamualaikum Sir…Beberapa orang pelajarku sempat menyapaku ketika bertembung di perjalanan.

Aku membalas salam sambil senyum kepada mereka.

Setibanya di muka pintu cepat-cepat kukuak.

Leganya…Dingin daripada penyaman udara cukup melegakan.

Sejuknya meresap hingga ke seluruh anggota.

Bahang cuaca di luar memang agak menggigit hari ini.

Pandanganku melekat pada dua biji limau Mandarin dan sebuah beg kecil yang terletak di atas meja kerjaku.

Pelbagai persoalan melingkari fikiran.

Pasti aku ingin mengetahui pemberian itu daripada siapa.

Mungkin daripada dua orang.

Kutoleh kiri dan kanan.

Aku melihat atas meja-meja staf yang lain.

Semuanya ada sama seperti yang ada atas mejaku.

Maknanya pasti sahabat staf dalam jabatanku yang memberi.

Penyumbang buah Mandarin aku sudah dapat mengagaknya.

Pasti Puan Hong. Sebab dalam jabatanku cuma beliau seorang keturunan Tionghua.

Pasti limau Mandarin itu daripadanya.

Itulah juga setiap tahun yang dilakukannya menjelang Tahun Baharu Cina.

Terima kasih Puan Hong…semoga bergembira di tahun baharu.

Semoga hidup ada ong…ucapan aku sampaikan kebetulan ketika nampak beliau lalu di hadapan kubikal.

Aku mencapai sebiji.

Tak sabar untuk menikmatinya.

Warna kulitnya jingga cukup menggiurkanku.

Biasanya limau Mandarin pemberian Puan Hong jarang mengecewakan.

Biasanya rasa limau itu pasti manis.

Puan Hong memberi buah yang berkualiti untuk rakan-rakan.

Wahh…manisss…Sangkaanku tidak meleset.

Ternyata limau Mandarin itu manis rasanya.

Terasa nikmatnya mengalir ke kerongkongku yang semakin dahaga.

“Tapi siapa pula yang bagi ni…?”

Kataku sambil memegang beg kecil itu.

Cantik.

Di beg kecil itu tertampal stiker yang bertulis Ramadan Kareem.

Di dalamnya terdapat beberapa biji coklat.

Selain itu ada sekotak kecil yang tertera dikulitnya 7 tamar ajwa.

Terima kasih banyak-banyak Puan Armi sebab bagi kurma dan coklat.

Semoga Puan Armi sekeluarga dimurahkan rezeki.

Aamiin YRA.

Ucapan melalui WhatsApp setelah mengetahui siapa gerangan yang baik hati menghulur pemberian itu.

Niat untuk arwah mak Hajah Selmah binti Man, jawab Puan Armi.

Semoga Allah ampunkan segala dosa arwah mak dan tempatkan arwah dalam taman-taman syurga.

Aamiin YRA.

Balasku berserta doa.

Kagum kepada seorang anak yang tahu menghargai jasa seorang ibu.

Walaupun apa yang dilakukan ini tidak setanding dengan banyak dan besarnya pengorbanan seorang ibu.

Walaupun ibunya sudah tiada tapi ingatan dan sumbangannya untuknya tidak putus.

Syabas Puan Ami.

Aku mengharapkan aku juga begitu.

Rezeki yang dimiliki perlu dikongsi-kongsi.

Jangan lupa hadiahkan pahala ikhlas itu untuk insan yang tersayang khasnya ibu dan bapa.

Sedar-sedar aku sudah tiba ke rumah petang itu.

Kotak tamar tadi kubuka.

Sebiji ajwa kusuapkan ke dalam mulut sambil berehat di ruang tamu.

Minggu hadapan dua peristiwa besar akan menggamit.

Tahun Baharu Cina dan Awal Ramadan.

Hujung minggu ini aku adik-beradik akhirnya berpeluang berkumpul untuk majlis tahlil dan doa selamat menjelang bulan Ramadan.

Alhamdulillah. Terima kasih Allah.

BERITA LAIN

Nasi beriani OKU

HARI ini hari Ahad. Amat bercadang untuk mengajak suri dan anakanaknya makan di luar. “Ayah rasa nak makan pais ikan pari lah hari ni…,” “Alaa…adik

Kidung Pujangga Nukilan Aqilah Huda

AROMA DUA DAPUR Di dapur rumah tua yang berdindingpapanasap kayu getah membubung perlahanmembawa cerita dari dua tebing yangberbezadi atas bara api yang menyala merahbatang buluh

BERITA TERBARU

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan