ARTIKEL

Ajis Deli

Seksyen Bumiputera SUPP Bintulu sokong hak minyak dan gas Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Seksyen Bumiputera Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Bintulu menyokong penuh keputusan Kerajaan Sarawak untuk mengambil semula hak penuh terhadap sumber minyak dan gas di negeri ini demi kepentingan rakyat.

Ketuanya, Ajis Deli, menegaskan bahawa berdasarkan semangat dan peruntukan dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), Sarawak mempunyai hak mutlak terhadap hasil minyak dan gas yang berada dalam wilayahnya.

“Kita faham bahawa peruntukan di bawah Akta Perlombongan Petroleum 1966 pada asalnya terpakai di Tanah Melayu sahaja dan pelaksanaannya ke atas Sarawak berlaku dalam konteks darurat.

“Walau bagaimanapun, berdasarkan Perkara 150(7) Perlembagaan Persekutuan, mana-mana ordinan darurat akan terhenti berkuat kuasa selepas tempoh yang ditetapkan apabila darurat tamat,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Mengulas lanjut, beliau berkata pada Jun 2012, undang-undang berkenaan tidak lagi terpakai ke atas Sarawak berdasarkan peruntukan Perkara 150(7) tersebut.

Menurutnya, perkara itu selaras dengan prinsip kedaulatan negeri serta hak-hak yang dipersetujui semasa pembentukan Malaysia.

Dalam pada itu, Ajis menegaskan Seksyen Bumiputera SUPP Bintulu mengiktiraf dan menghargai komitmen berterusan Kerajaan Sarawak dalam mempertahankan hak-hak negeri seperti yang termaktub dalam MA63 serta Perlembagaan Persekutuan.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

Ultras Bluewave bawa sorakan Hong Kong ke Kuching

KUCHING: Demi menyokong pasukan kesayangan, kira-kira 40 penyokong tegar Kitchee SC sanggup merentas lautan dari Hong Kong ke Kuching bagi menyaksikan aksi Liga Juara-Juara Asia

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan