ARTIKEL

Abang Johari (dua kanan) tiba untuk menyampaikan ucapan penggulungan tiga kementeriannya pada Persidangan DUN Sarawak, di sini, hari ini. - Foto: Mohd Alif Noni

Sektor minyak dan gas Sarawak dijangka sumbang lebih RM60 bilion kepada KDNK menjelang 2030, dipacu inisiatif CCUS

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sektor minyak dan gas Sarawak dijangka menyumbang lebih RM60 bilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menjelang tahun 2030, didorong oleh inisiatif Pengurangan, Penggunaan dan Penyimpanan Karbon (CCUS) yang semakin berkembang pesat.

Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, kejayaan ini adalah hasil daripada pencapaian signifikan dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

“Pada tahun lalu, Sarawak berjaya memperoleh RM10 bilion daripada PETRONAS yang merangkumi cukai jualan, dividen dan royalti.

“Selain itu, industri CCUS di Sarawak juga telah bermula dengan cemerlang, dengan tiga projek penting akan ditandatangani pada tahun ini.

“Projek-projek tersebut adalah Projek Kasawari-M1, Projek Lang Lebah-Golok dan Projek Penyimpanan Pelepasan CO2 Industri M3,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa ucapan penggulungan Kementerian Kewangan dan Ekonomi Baharu, Kementerian Sumber Asli dan Pembangunan Bandar, dan Kementerian Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini, hari ini.

Menjelas lanjut, beliau berkata Kerajaan Sarawak telah membuat rangka kerja undang-undang dan peraturan yang diperlukan untuk sektor CCS bagi melindungi hak dan keselamatan alam sekitar Sarawak.

Justeru, katanya, semua syarikat yang ingin membangunkan dan mengendalikan CCS di Sarawak mesti mematuhi rangka kerja undang-undang dan peraturan ini, termasuk keperluan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA).

“Menurut Analisis Peluang Pasaran Global dan Ramalan Industri CCUS 2023-2032, pasaran CCS global menunjukkan peluang yang menarik dengan Kadar Pertumbuhan Tahunan Terkumpul (CAGR) sebanyak 13.3 peratus.

“Syarikat-syarikat Sarawak berada pada posisi unik untuk memanfaatkan pasaran yang sedang berkembang ini sebagai peneraju awal di rantau ini.

“Saya menggesa syarikat-syarikat tempatan untuk mengembangkan kepakaran mereka dalam bidang ini, dan menjadikan diri mereka sebagai pemimpin dalam projek CCS serantau yang akan datang,” ujarnya.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha