ARTIKEL

Rundi berucap pada Persidangan Antarabangsa Pertama mengenai Bioteknologi, Perladangan Pintar  dan Keusahawanan Untuk Keselamatan Makanan (BioSFE 2023) Teknologi Universiti MARA, Malaysia dan Universiti Chung Cheng Kebangsaan Taiwan yang dirasmikan oleh Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di sini, hari ini.

Sektor pertanian di Sarawak perlu lebih ‘seksi’ – Rundi 

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sektor pertanian di Sarawak perlu lebih ‘seksi’ dalam mendorong anak muda menceburi bidang terbabit, kata Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak Datuk Seri Dr Stephen Rundi Utom.

Untuk itu, katanya mentaliti sesorang individu perlu diubah iaitu melihat sektor pertanian tidak lagi bersifat sekadar untuk menyara kehidupan atau meneruskan tradisi semata-mata.

Tetapi jelasnya adalah berfikir kehadapan menjadikan pertanian sebagai perniagaan serta membantu dalam memperkukuhkan aspek keselamatan makanan negara.

“Cabaran utama yang dihadapi kementerian adalah untuk meyakinkan generasi muda untuk menceburi industri pengeluaran makanan menggunakan teknologi moden dan Internet Kebendaan (IoT).

“Untuk menarik minat golongan muda, memandangkan sektor pertanian bukanlah sesuatu yang ‘seksi’, kita perlu mengembangkan minat mereka dan mencipta sesuatu yang baharu,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya pada Persidangan Antarabangsa Pertama mengenai Bioteknologi, Perladangan Pintar  dan Keusahawanan Untuk Keselamatan Makanan (BioSFE 2023) Teknologi Universiti MARA, Malaysia dan Universiti Chung Cheng Kebangsaan Taiwan yang dirasmikan oleh Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di sini, hari ini. 

Menjelas lanjut, ADUN Kemena itu berkata kerajaan Sarawak komited untuk meningkatkan pendapatan petani dan juga komuniti nelayan di negeri ini.

Dengan berbuat demikian, jelasnya kerajaan Sarawak mencari pelbagai cara, supaya dapat berinteraksi dengan negara teknologi pakar seperti di Thailand, Taiwan, Vietnam yang ke hadapan dalam teknologi terkini.

BERITA LAIN

SEMAKIN DIGITAL, semakin selamatkah kita?

TEKNOLOGI digital dan kecerdasan buatan (AI) kini berkembang dengan begitu pesat dalam pelbagai aspek kehidupan masyarakat. Namun, di sebalik kemudahan yang dinikmati untuk bekerja, belajar

Wanita maut dalam kemalangan di Batu Niah

MIRI: Seorang wanita berusia 24 tahun maut selepas kereta dipandunya dipercayai merempuh belakang sebuah lori di Jalan Pan Borneo, berhampiran Simpang WTK, Batu Niah, pagi

BERITA TERBARU

Taman Kenyalang ngеna konsep moden

KUCHING: Datuk Bandar Kuching Selatan, Dato Wee Hong Seng nerima penuemai basa ari diligit Chung Yuan Christian University (CYCU), Taoyuan, Taiwan, ti bejuraika asil tungkap

Standard teknikal nyamin pemujur servis

CYBERJAYA: Komiti Besai Komunikasyen enggau Multimedia Malaysia (MCMC) negap pemansang standard teknikal nentuka servis begunа baka komunikasyen, bekal kuasa karan enggau ai ulih beoperasyen likun,