ARTIKEL

Kredit: Freepik.com

Sekurang-kurangnya 13 maut, kebakaran besar di 7 blok pangsapuri di Hong Kong

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SHENZHEN (China): Sekurang-kurangnya 13 orang maut dalam kebakaran besar di kompleks kediaman membabitkan tujuh blok pangsapuri 32 tingkat di Hong Kong, lapor Agensi Berita Jerman (dpa) pada Rabu, memetik pihak berkuasa.

Seramai 15 lagi dilaporkan cedera, menurut beberapa laporan media.

Pihak berkuasa mengklasifikasikan kebakaran yang berlaku pada waktu petang di kompleks kediaman Wang Fuk Court di daerah Tai Po sebagai kecemasan tahap 5, iaitu tahap amaran tertinggi.

Seorang anggota bomba antara yang maut. Kerajaan Hong Kong mengesahkan lelaki berusia 37 tahun itu ditemui tidak sedarkan diri di lokasi dan dibawa ke hospital dan kemudian meninggal dunia akibat kecederaan.

Api memusnahkan tujuh blok pangsapuri di kompleks berkenaan, menyebabkan penduduk terperangkap di kediaman masing-masing.

Kompleks itu terdiri daripada lapan blok pangsapuri, setiap satu mempunyai 32 tingkat dan hampir 2,000 unit kediaman.

Menurut laporan, kesemua bangunan itu dipasang perancah buluh bagi kerja pengubahsuaian.

Foto dan video dari lokasi menunjukkan kepulan asap tebal naik dari menara kediaman itu.

Akhbar South China Morning Post melaporkan lebih 760 anggota bomba dan 400 pegawai polis dikerahkan, manakala lebih 700 orang mendapatkan perlindungan di pusat penempatan kecemasan.

Dahulu merupakan tanah jajahan British, Hong Kong kini ditadbir sebagai satu daripada dua wilayah pentadbiran khas China bersama Macau. — BERNAMA-dpa

BERITA LAIN

Empat maut padam kebakaran hutan Bromo

JAKARTA: Empat orang maut manakala dua lagi melecur teruk selepas terperangkap dalam asap tebal dan api yang merebak dengan pantas ketika berusaha memadamkan kebakaran hutan

Rakyat protes dasar berat sebelah

BANGKOK: Ratusan penunjuk perasaan berhimpun berhampiran Pusat Konvensyen Nasional Queen Sirikit (QSNCC) pada Khamis bagi membantah dasar Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia yang

BERITA TERBARU

Emosi atasi pertimbangan

BARU-BARU ini berlaku insiden tragis apabila seorang pelajar perempuan ditemui mati didakwa dibunuh di sebuah sekolah di Yong Peng, Batu Pahat, Johor. Pelajar tingkatan empat

Impian besar Kupang Strike

SABTU depan, Kampung Kupang Hilir di Saratok bakal mencipta satu lagi kenangan tersendiri apabila Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) menganjurkan pertandingan memancing yang dinamakan