ARTIKEL

Gambar hiasan | Bernama

Sekurang-kurangnya 26 terbunuh dalam pertempuran kumpulan bersenjata di Colombia

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BOGOTA (Colombia): Sekurang-kurangnya 26 orang terbunuh semasa pertempuran sengit antara kumpulan bersenjata di wilayah Guaviare, Colombia, menurut tentera Colombia pada Isnin, lapor Xinhua.

Ricardo Roque, komander Divisyen Keempat Tentera Nasional, memberitahu media tempatan bahawa anggota tentera menemukan 26 mayat di perbandaran El Retorno, susulan pertempuran antara kumpulan bersenjata yang bertelingkah.

Roque berkata tentera darat, polis, tentera laut dan tentera aeroangkasa sedang menjalankan operasi bersama untuk menguasai semula sepenuhnya kawasan tersebut, yang merangkumi lebih daripada 35,000 kilometer persegi.

Beliau menambah bahawa sebuah pos perintah bersepadu telah ditubuhkan untuk menyelaraskan operasi keselamatan dan menangani risiko terhadap komuniti berhampiran, termasuk kemungkinan peranti yang belum meletup.

Pihak berkuasa memberi amaran bahawa penduduk di kawasan luar bandar kekal dalam risiko berikutan keganasan yang berterusan dan menggesa orang awam supaya mematuhi arahan keselamatan rasmi. — Bernama

BERITA LAIN

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat

BERITA TERBARU