ARTIKEL

Selami jiwa penjual buku Tokyo, Seoul

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Baru-baru ini saya membaca dua buah novel berkaitan penjual buku di kedai buku.

Novel pertama ialah Selamat Datang ke Kedai Buku Hyunam-dong yang diterbitkan pada 2022 berlatarkan Seoul, ditulis oleh penulis Korea Selatan, Huang Bo-Reum.

Manakala sebuah lagi novel ialah Hari-hariku di Kedai Buku Morisaki karya Satoshi Yagisawa, penulis Jepun yang berlatarkan Shinjuku, Tokyo. 

Apa yang bermain di kepala anda ketika memegang dan melihat judul novel berkaitan dengan kedai buku? Sebagai peminat buku, sudah pasti tajuk novel berkenaan cepat menggoda, lalu saya tanpa berfi kir panjang membeli kedua-duanya. Buku karya penulis Jepun itu saya baca dalam bahasa Inggeris, terjemahan daripada bahasa Jepun. Novel Korea pula saya baca dalam bahasa Melayu.

Terus terang, keinginan saya untuk membeli dan membaca novel berkenaan lebih kerana rasa ingin tahu, apakah yang cuba dipaparkan oleh penulis melalui karya kreatif berkenaan, lebih-lebih lagi kedua-duanya mendapat sambutan hangat di negara masing-masing.

Peminat atau kaki buku yang membaca novel ini mungkin akan berangan-angan tentang kedai buku ideal mereka. Malah, mereka mungkin mendapat idea menarik tentang cara menguruskan kedai buku. Sebenarnya, kedua-dua buku ini sesuai untuk dibaca secara santai — bacaan yang pastinya dapat memberikan kehangatan kepada pembaca yang penat. Novel Selamat Datang Ke Kedai Buku Hyunam-dong mengangkat tema utama yang berkisar pada pencarian makna hidup dan keupayaan buku untuk menyembuhkan jiwa.

Melalui perjalanan protagonis, novel ini memaparkan bagaimana sebuah kedai buku kecil mampu menjadi tempat pertemuan, refl eksi dan transformasi bagi pelbagai individu dengan latar belakang yang berbeza. Kedai buku Hyunam-dong bukan sekadar tempat jualan buku, tetapi menjadi ruang terapi bagi mereka yang mencari ketenangan dan jawapan dalam hidup.

Penulis menggarap kisah individu yang menemukan harapan melalui buku, menunjukkan bagaimana karya sastera berperanan sebagai medium untuk memahami kehidupan. Interaksi di kedai buku ini memperlihatkan keindahan dan kerumitan hubungan manusia.

Kedai ini menjadi platform untuk individu yang kesepian atau terasing untuk membina hubungan baharu dan berkongsi pengalaman. Novel ini menampilkan pelbagai watak yang menarik. 

Minjun, misalnya ialah seorang individu berprofi l tinggi yang memutuskan untuk meninggalkan persaingan sengit dunia korporat dan menjadi barista tetap di kedai buku itu. Novel ini juga berkaitan dengan tentang keletihan kerja dan budaya kerja yang sangat kompetitif, dengan petikanpetikan singkat yang menarik perhatian serta sesuai dengan semangat zaman pekerja yang terbeban.

Dalam Selamat Datang ke Kedai Buku Hyunam-dong, Yeongju – yang suatu ketika dahulu mengabdikan dirinya kepada pembacaan untuk memulihkan persahabatan zaman kanak-kanaknya yang retak.

Beliau mengambil keputusan membuka sebuah kedai buku di kawasan kejiranan yang tenang untuk melarikan diri daripada kehidupan yang “menguras jiwanya”. Sepanjang novel ini, Yeongju berdepan dengan pelbagai cabaran estetika dan praktikal sebagai penjual buku baharu. Buku yang bagaimanakah yang harus dijual di kedai buku itu? Patutkah buku yang tidak disukainya turut dijual di kedai buku itu? Apakah pegangan dalam memperakukan buku kepada pelanggan? 

Yang menarik, setiap watak membawa cerita mereka sendiri, sering kali dengan persoalan besar tentang tujuan hidup. Kedai buku ini membantu mereka mengurai kekusutan fi kiran melalui narasi dan kebijaksanaan yang terdapat dalam buku.

Bagaimana buku mampu menjadi agen perubahan dalam hidup seseorang?

Novel ini menggali persoalan bagaimana buku boleh memberi inspirasi dan membawa seseorang keluar dari kegelapan emosional atau kegagalan dalam hidup.

Adakah hubungan manusia semata-mata bersifat fungsional, atau adakah ia lebih mendalam?

Novel ini mempersoalkan sama ada hubungan yang terjalin di kedai buku ini adalah keperluan sesaat atau benarbenar mencerminkan keperluan mendalam manusia untuk berhubung.

Apakah peranan seni dan sastera dalam menghadapi realiti kehidupan?

Persoalan ini terjawab melalui pengalaman Adakah hubungan manusia semata-mata bersifat fungsional, atau adakah ia watakwatak yang menjadikan buku sebagai panduan untuk menghadapi cabaran dan tekanan hidup.

Bolehkah ruang fi zikal seperti kedai buku menjadi tempat penyembuhan?

Novel ini memaparkan bagaimana ruang fi zikal yang kecil tetapi penuh dengan jiwa dan cerita dapat memberi impak kepada manusia.

Secara keseluruhan, novel ini ialah penghormatan kepada buku dan kedai buku sebagai simbol harapan, tempat persinggahan dan ruang untuk mencari diri. Ia mendedahkan bagaimana setiap orang membawa cerita unik mereka sendiri, dan kadang-kadang, semua yang mereka perlukan hanyalah sebuah buku serta sedikit kehangatan untuk melangkah ke hadapan.

Hwang Bo-reum, merupakan seorang penulis esei yang terkenal di negaranya. Sejauh manakah unsur esei mempengaruhi beliau dalam novel ini? 

Dalam novel ini, beliau kelihatannya mengekalkan elemen eseinya yang bersifat falsafah separa. Yang tidak terjalin menjadi naratif yang benar-benar memikat oleh sesetengah pengkritik sastera. Bagaimana pula dengan novel Hari-Hari di Kedai Buku Morisaki karya Satoshi Yagisawa? Novel ini menggambarkan perjalanan emosi dan pemulihan diri seorang wanita muda, Takako, yang melalui perubahan hidup setelah menghadapi kekecewaan besar dalam percintaan dan kehidupan. Novel ini berlatar di Jinbocho, sebuah kawasan terkenal dengan kedai-kedai buku terpakai di Tokyo. Kedai buku kecil yang dimiliki oleh bapa saudaranya, Satoru Morisaki, menjadi latar utama perjalanan cerita.

Takako, seorang wanita muda yang pada awal cerita rasa kehilangan arah hidup setelah dikhianati oleh teman lelakinya yang juga merupakan rakan sekerjanya. Akibat kemurungan, dia mengambil keputusan untuk berhenti kerja. Pada saat genting ini, bapa saudaranya, Satoru, mengajaknya tinggal dan bekerja di kedai buku Morisaki miliknya. Pada mulanya, Takako tidak begitu menyukai kehidupan di Jinbocho, yang baginya terasa usang dan membosankan. Namun, dia mulai menemui ketenangan dan kekayaan emosi melalui buku-buku lama yang memenuhi kedai itu.

Hubungan antara Takako dan Satoru turut berkembang, dengan Satoru memainkan peranan sebagai mentor dan penyokong dalam kehidupannya. Melalui interaksi dengan pelanggan kedai buku dan pengalaman membaca karya sastera klasik, Takako perlahanlahan mula memahami erti kehilangan, kesunyian dan juga harapan. Kehidupan di kedai buku ini membawanya kepada perjalanan introspektif yang akhirnya membuatnya berdamai dengan masa lalunya dan membuka peluang untuk mencipta masa depan yang baharu. Novel ini memberikan mesej bahawa perubahan hidup yang tidak dijangka, meskipun pahit, sering menjadi peluang untuk pertumbuhan peribadi dan penemuan makna baharu dalam kehidupan.

BERITA LAIN

Berdamai dengan luka kehidupan

Tajuk: Catatan Hidup Seorang Perempuan yang Hampir Berputus Asa Penulis: Arlina Arshad Penerbit: IMAN Publication Jumlah halaman: 178 muka surat Catatan Hidup Seorang Perempuan yang

Bukan sekadar kisah cinta

Judul buku: Kita Cuma Kawan, Kan? Penulis: Auni Zainal Tahun terbit: 2024 Jumlah muka surat: 544 Harga: Rm34.00 Pengulas: Prisca Robin  Setebal 544 muka surat,

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha