KUALA LUMPUR: Selangor FC (SFC) naik ke tangga kedua Liga Super selepas mengalahkan Penang FC 3-1 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) malam ini, sekali gus mencatat kemenangan kelima berturut-turut.
Kemenangan itu membawa pasukan bimbingan Kim Pan Gon mengumpul 15 mata, sama dengan pendahulu liga Johor Darul Ta’zim (JDT), tetapi terpisah oleh perbezaan jaringan seperti dilapor Bernama.
Chrigor Moraes menyumbang dua gol untuk Selangor pada minit ke-11 dan ke-50, manakala Ahmad Zikri Khalili menutup kemenangan tuan rumah pada penghujung perlawanan, dengan Stefano Brundo menjaringkan gol tunggal Penang pada minit ke-69.
Di Stadium Hang Jebat, Krubong, Melaka FC meraih tiga mata di laman sendiri apabila menewaskan Kuala Lumpur City (KL City) FC 3-2, dengan R. Ruventhiran menjaringkan gol penentu pada minit ke-86 ketika kedudukan 2-2.
Dalam aksi lain di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Negeri Sembilan FC (NSFC) dan Sabah FC berkongsi satu mata selepas terikat 1-1, hasil gol Gonzalo Ignacio Di Renzo pada masa kecederaan separuh masa pertama dan sepakan penalti Jovan Motika pada minit ke-67.



