ARTIKEL

Pemain Selangor FC, Mohamad Faisal Abdul Halim diasak pemain Kuala Lumpur City FC pada perlawanan Liga Super Malaysia 2026/2027 di stadium MBPJ. | Bernama

Selangor kekal rekod tanpa kalah, Sabah tumbang di Likas

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PETALING JAYA: Selangor FC meneruskan rentak cemerlang apabila menewaskan Kuala Lumpur City (KL City) FC 3-0 dalam saingan Liga Super di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) di sini malam tadi.

Skuad Gergasi Merah membuka jaringan menerusi penyerang A. Selvan pada minit ke-25 sebelum pemain import Chrigor Moraes menggandakan kelebihan enam minit selepas babak kedua bermula.

Seorang lagi pemain import, Eduardo Sosa, kemudian melengkapkan kemenangan Selangor menerusi jaringan pada minit ke-73.

Keputusan itu menyaksikan skuad kendalian Kim Pan Gon mencatat kemenangan keempat berturut-turut, sekali gus mengekalkan rekod tanpa kalah setakat ini.

Selangor kini menghuni tangga ketiga dengan 12 mata, sama dengan Kuching City FC di kedudukan kedua yang telah mengharungi lima perlawanan, manakala Johor Darul Ta’zim (JDT) kekal menerajui liga dengan 15 mata.

Sementara itu, di Stadium Likas, Kota Kinabalu, Sabah FC gagal memanfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri apabila tewas 1-2 kepada DPMM FC.

Pasukan pelawat membuka tirai jaringan menerusi tandukan Ebenezer Abban pada minit ke-12 sebelum Sabah menyamakan kedudukan pada minit ke-25 hasil rembatan Gonzalo Di Renzo dari dalam kawasan penalti.

Kedudukan 1-1 kekal sehingga tamat babak pertama.

DPMM kembali mendahului pada minit ke-65 menerusi Jordan Murray yang melepaskan rembatan dari luar kawasan penalti untuk menjadikan kedudukan 2-1.

Kedua-dua pasukan terus mencipta beberapa peluang selepas itu, namun gagal menambah jaringan sehingga wisel penamat.

Sabah dan DPMM kini masing-masing mengumpul enam mata selepas empat perlawanan, dengan kedua-dua pasukan menghuni tangga keempat dan kelima liga.

BERITA LAIN

Satu Gol Ranap Impian KCFC

KUCHING: Hanya satu gol memisahkan Kuching City FC daripada memburu kemenangan pertama dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 apabila skuad The Cats terpaksa berputih

BERITA TERBARU