ARTIKEL

Foto diperoleh daripada agensi berita ISNA Iran pada 1 Jun 2026, menunjukkan kapal-kapal belayar di Pantai Suru di Bandar Abbas di sepanjang Selat Hormuz.-AFP

Selat Hormuz kekal tutup

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Iran berkata awal Khamis, Selat Hormuz akan kekal ditutup sehingga Amerika Syarikat (AS) menerima syarat Tehran untuk membuka semula laluan air strategik itu, lapor Anadolu Ajansi (AA), memetik media tempatan.

Menurut Agensi Berita separuh rasmi Mehr, jurucakap tentera Iran Mohammad Akrami-Nia berkata kawalan selat itu mesti dibawa di bawah kuasa Iran sebelum ia boleh dibuka semula.

Beliau berkata Washington mesti mematuhi syarat perjanjian damai rangka kerja bulan lepas, menghentikan apa yang disebutnya sebagai tindakan bermusuhan dan menerima peraturan Iran yang mengawal selat itu.

Akrami-Nia menambah tindakan ketenteraan AS yang berterusan tidak akan memaksa Iran untuk membuka semula laluan air tersebut.

Kenyataannya dibuat selepas gelombang letupan baharu dilaporkan di beberapa bandar Iran ketika Komando Pusat AS (CENTCOM) mengumumkan serangan tambahan ke atas negara itu.

Menurut CENTCOM, serangan menyasarkan keupayaan ketenteraan Iran yang dikaitkan dengan ancaman ke atas kapal yang transit di Selat Hormuz, arteri utama untuk perdagangan global.-Bernama

Serangan tersebut berlaku di tengah-tengah ketegangan yang semakin memuncak antara AS dan Iran di Selat Hormuz, dengan tentera Amerika menyerang Iran dan Tehran bertindak balas dengan serangan ke atas pangkalan tentera AS di seluruh rantau itu walaupun wujud perjanjian rangka kerja diantarai Pakistan ke arah mencapai penyelesaian berkekalan.-Bernama-Anadolu

BERITA LAIN

Empat maut padam kebakaran hutan Bromo

JAKARTA: Empat orang maut manakala dua lagi melecur teruk selepas terperangkap dalam asap tebal dan api yang merebak dengan pantas ketika berusaha memadamkan kebakaran hutan

Rakyat protes dasar berat sebelah

BANGKOK: Ratusan penunjuk perasaan berhimpun berhampiran Pusat Konvensyen Nasional Queen Sirikit (QSNCC) pada Khamis bagi membantah dasar Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia yang

BERITA TERBARU