ARTIKEL

Ling Ching beraksi cemerlang ketika menewaskan Vu.

Selesema tidak halang Ling Ching bawa Malaysia ke separuh akhir

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BERGELUT dengan selesema sepanjang perlawanan tidak melunturkan semangat pemain badminton Malaysia dari Sarawak, Wong Ling Ching, untuk menewaskan pemain Vietnam, Vu Thi Trang dalam pertarungan tiga set.

Kemenangan 21-14, 20-22, 21-14 itu menyumbang mata penting buat skuad wanita Malaysia dalam acara berpasukan Sukan SEA Ke-33 di Kampus Thammasat University Rangsit, Pathum Thani pada Ahad (7 Dis).

Pemain berusia 22 tahun dari Miri itu mengakui beliau memulakan aksi dengan lebih berhati-hati apabila Vietnam tampil agresif pada awal permainan.

“Pada set pertama, saya tidak meletakkan harapan terlalu tinggi. Saya hanya cuba dapatkan rentak dan ruang yang betul.

“Dia (Vu) menyerang awal, jadi saya perlu bertenang dan bina permainan perlahan-lahan,” katanya kepada wartawan selepas perlawanan.

Ling Ching beraksi cemerlang ketika menewaskan Vu.

Meskipun memenangi set pembukaan, Ling Ching hilang fokus pada pertengahan set kedua, membenarkan Vu bangkit sebelum menamatkan set itu dengan kemenangan tipis 22-20, sekali gus memaksa permainan ke set penentuan.

“Sebenarnya, sebelum saya masuk — ini adalah acara berpasukan pertama saya di Sukan SEA — jadi saya sudah bersedia dari segi mental, tahu suasananya mungkin berbeza sedikit.

“Tetapi walaupun saya sudah bersedia, apabila permainan bermula, semuanya jadi agak berserabut sama ada daripada diri saya atau daripada sorakan penonton,” jelasnya.

Namun, set penentuan memihak sepenuhnya kepada Ling Ching, dengan tempo permainan lebih stabil dan rali panjang sebelum beliau menjarakkan mata untuk menang 21-14.

Beliau berkata, meskipun perlu menahan hidung berair sepanjang perlawanan, tahap fizikalnya masih baik dan beliau bersedia untuk terus beraksi.

Selain acara berpasukan yang menyaksikan Malaysia menewaskan Vietnam 3-1, Ling Ching turut dijadual beraksi dalam acara individu pada 10 Disember.

BERITA LAIN

Samarahan tidak rela berputih mata

BINTULU: Skuad Samarahan bersedia mengharungi baki 90 minit aksi separuh akhir kedua menentang Bintulu di Stadium Bintulu, petang esok. Pasukan itu membawa bekalan kelebihan tiga

BERITA TERBARU