ARTIKEL

Seludup senjata tiruan enam warga asing ditahan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MUKAH: Sebanyak 17 laras senjata tiruan milik rakyat asing dirampas dalam satu sebuah di sebuah rumah yang tidak bernombor di Jalan Orang Kaya Setiaraya Mukah sekitar jam 3.05 pagi tadi.

Serbuan dilakukan oleh Jabatan Imigresen Malaysia dan Unit Keselamatan dan Penguatkuasaan Negeri Sarawak (UKPN)hasil maklumat orang awam.

Enam warganegara Indonesia berjaya ditahan termasuk seorang wanita yang tidak memiliki dokumen perjalanan sah ke Malaysia.

Ketua Polis Daerah Mukah Deputi Superitenden Mumamad Rizal Alias berkata semua 17 laras senjata tiruan termasuk 24 kelopak peluru tiruan bersama dengan 12 paket peluru lembut yang digunakan untuk permainan paintball telah dibawa ke pejabat Imigresen.

“Suspek pula diserahkan kepada pihak polis bagi siasatan lanjut.

SENJATA TIRUAN… Muhamad Rizal menunjukkan 17 laras senjata tiruan, 24 kelopak peluru dan 12 paket peluru lembut yang dirampas oleh pihak Jabatan Imigresen dan UKPN pada awal pagi Jumaat.

“Hasil siasatan awal mendapati senjata tiruan berkenaan dijual kepada pemilik yang menjalankan perniagaan permainan paintball namun disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Covid-19 berkemungkinan rancangan suspek tersebut tergendala.

“Akhirnya mereka terpaksa menyimpan semua senjata tiruan ini di rumah tersebut dan hasil maklumat awal mendedahkan semua senjata tiruan ini diperolehi daripada negara jiran Indonesia dan dibawa masuk ke Malaysia untuk dipasarkan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media di Pejabat Jabatan Imigresen Mukah hari ini.

Tambahnya kes disiasat di bawah Seksyen 36 (1) Akta Senjata Api 1960 kerana memiliki senjata tiruan dan kesemua suspek ditahan di bawah Akta Imigresen 1959/1963 dan Akta Pasport 1966 kerana tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah, dan juga dokumen perjalanan tamat tempoh.

“Jika disabitkan kesalahan kesemua suspek boleh dihukum penjara tidak melebihi saru tahun atau denda RM5000 atau kedua-duanya sekali kerana memiliki senjata tiruan dan siasatan lanjut juga akan diteruskan untuk mengenal pasti pembekal dan pembeli senjata tiruan berkenaan,” ujarnya.

Beliau turut menyeru orang ramai agar terus memberi kerjasama dan maklumat kepada pihak berkuasa dalam usaha mengekang kes jenayah dan tangakapan berkenaan merupakan yang seumpamanya di Bahagian Mukah.

SENJATA TIRUAN… Muhamad Rizal menunjukkan 17 laras senjata tiruan, 24 kelopak peluru dan 12 paket peluru lembut yang dirampas oleh pihak Jabatan Imigresen dan UKPN pada awal pagi Jumaat.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha