ARTIKEL

Keempat-empat tertuduh dijatuhi hukuman 20 bulan penjara, mengaku bersalah cubaan menyeludup keluar tong gas dan 1,644 kg gula pasir.

Seludup tong gas dan gula, empat warga asing dipenjara 20 bulan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat menjatuhkan hukuman 20 bulan penjara terhadap empat warga Indonesia kerana cuba menyeludup 10 tong gas dan gula pasir seberat 1,644 kilogram keluar Malaysia.

Pengarah Maritim Negeri Sarawak Laksamana Pertama Zin Azman Md Yunos berkata, kesemua tertuduh iaitu Deki Saputra, 44, Masfaruddin, 55, Aldi, 49 dan Ferdiansyah, 31 mengaku bersalah atas dua pertuduhan yang dibacakan terhadap mereka.

Katanya, mereka dituduh di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Seksyen 20(1)(a) Ordinan Pengagihan Gas 2016.

“Keempat-empat warga Indonesia ini dikenakan hukuman penjara 20 bulan mulai dari tarikh tangkapan, 14 September 2023 lalu.

“Hakim Saiful Bahari Adzmi memerintahkan kedua-dua hukuman itu dijalankan secara serentak,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, dakwaan kes ini dikendalikan oleh Agensi Penguatkuasaaan Maritim Malaysia bersama-sama Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi.

Menurutnya, kes ini merupakan kes pertama yang dituduh di mahkamah di bawah Ordinan Pengagihan Gas 2016 sejak ia dikuatkuasakan pada tahun 2021.

Susulan daripada kejayaan kes ini, beliau memohon kepada masyarakat khususnya komuniti maritim agar sentiasa membantu bagi melaporkan sebarang salah laku atau kegiatan jenayah di laut menerusi aduan ke talian Pusat Operasi Maritim Malaysia Negeri Sarawak (082-432544) atau MERS 999 yang beroperasi 24 jam.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha