Pembantu pergigian maut dalam nahas jalan raya

Seludup tong gas, suspek bakal didenda RM3 juta atau penjara

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
Pihak KPDHEP menerima barangan kes berupa 31 unit tong gas dan kenderaan jenis Pajero daripada pihak polis semalam.

KUCHING: Seorang lelaki warga tempatan yang ditangkap cuba menyeludup 31 unit Gas petroleum cecair(LPG) ke Indonesia menerusi Jalan Sawit di Raso, Lundu Sabtu lalu kini disiasat.
Jurucakap Unit Pengurusan dan Publisiti Media Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Sarawak berkata kes disiasat di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 dibaca bersama Peraturan 3 (1) Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974.
Menurut kenyataan itu, hasil siasatan awal pihaknya mendapati suspek tidak memiliki sebarang lesen kebenaran menjalankan urus niaga barang kawalan tersebut.
“Sekiranya didapati bersalah suspek (satu pertubuhan perbadanan) boleh didenda tidak melebihi RM3 juta bagi setiap barang kesalahan yang dilakukan.
“Jika orang itu bukan satu pertubuhan perbadanan didenda tidak melebihi RM1 juta bagi setiap kesalahan yang dilakukan atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya hari ini.
Terdahulu kes tersebut merupakan hasil tangkapan Pasukan Gerakan Am menerusi Op Benteng Covid-19.
Rampasan barangan kes dianggarkan bernilai RM10,824.60 termasuk sebuah kenderaan jenis Pajero dan 31 unit tong gas LPG.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

27 Mac 2023

Berita Terbaru