ARTIKEL

Selukung makanan warisan tradisi masyarakat Kayan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MIRI: Kepelbagaian kaum di Bumi Kenyalang bercirikan adat dan budaya berbeza juga terkenal dengan masakan dan kuih tradisional namun ada antaranya tidak begitu dikenali masyarakat tempatan.

Mungkin ramai yang mengenali dan pernah merasai umai, pansuh, kelupis dan penyaram tetapi tidak semua pernah mendengar tentang selukung. Seperti ketupat yang diperbuat daripada beras pulut, ia digelar selukung dalam kalangan masyarakat Kayan merupakan makanan tempatan yang boleh diketengahkan terutamanya penggemar makanan tradisional.

Uniknya makanan ini apabila dibungkus menggunakan daun palas muda yang dikenali sebagai daun sang mengikut dialek tempatan atau nama saintifiknya licuala spinosa.

Menurut Paya Deng, 74, dari Kampung Uma Beluvuh Long Panai Tutoh Baram, beras pulut akan direndam semalaman sebelum dibungkus menggunakan daun sang namun ada sesetengah orang yang membungkus beras pulut terlebih dahulu sebelum merendamkannya.

Untuk berita selanjutya dapatkan naskhah Suara Sarawak hari ini….

BERITA LAIN

ISLAM bawa erti KEAMANAN

Islam membawa erti sejahtera sebagaimana sebuah hadis Rasulullah SAW bersabda: “Muslim itu ialah mereka yang membuat Muslim lain selamat daripada kejahatan lidahnya dan tangannya“. (maksud

LAPOR KES PENIPUAN WALAUPUN KECIL

TIDAK dinafi kan kes penipuan dalam talian semakin ‘mengganas’ ekoran laporan kes semakin meningkat setiap tahun. Ketua Polis Daerah Mukah Deputi Superintendan (DSP) Muhamad Rizal

BERITA TERBARU

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium