Semadak jadi Raja Sungai Lumba bidar lukut piala GPS 2019

MUKAH: Perahu bidar lukut bernama Semadak milik Thomas Kasat dari Kampung Tellian Daya di sini muncul gelaran Raja Sungai Perlumbaan bidar Lukut piala GPS N.57 Tellian di Litar Allan Rossi Kampung Tellian Daya di sini hari ini dalam acara akhir juara-juara.

Raja Sungai GPS N57 Tellian 2019 itu berjaya membawa pulang hadiah wang tunai, piala GPS N57 Tellian dan hamper.

Manakala tempat kedua, Putera Warisan milik Kumpulan Pewaris Setia, ketiga Layar Sinar 1 milik Allan Jenari , Pewaris Intan Permata milik Intan Permata Group ditempat keempat, Pewaris Setia Sakti 1 milik Pewaris Setia Team ditempat kelima dan tempat keenam dimenangi oleh Panji Sang Dewa milik Pewaris Setia Team.

Selain itu, bagi acara akhir Final Harapan tempat pertama dimenangi oleh Putra Sakti milik Intan Permata Group, Pewaris Wira milik Pewaris Team ditempat kedua, Jentera Ribut Dua milik Ahai ketiga, Permata Warisan, Jarang X On dan Mayang Sari menduduki tangga keempat hingga keenam.

Penyampaian hadiah kepada pemenang bagi kategori akhir juara-juara disampaikan oleh Ketua Kampung Tellian Tengah, Juana Boneventure manakala hadiah-hadiah kepada pemenang perlumbaan akhir Harapan disampaikan oleh Sweton Laberi.

Turut hadir ialah Pengerusi Kelab Rekreasi Tellian Dagen Daya (Tujunokala) Sebastian Zaini Jeraiee, Pengerusi Jawatankuasa Pengelola Perlumbaan bidar Lukut piala GPS N57 Tellian Terrence Teneh dan ahli Kelab Tujunokala.

Bagi tahun ini, sebanyak 228 buah perahu bidar lukut dari seluruh Bahagian Mukah menyertai kejohanan dua hari ini di Litar Allan Rossi Kampung Tellian Daya di sini yang berakhir petang tadi.