PROGRAM Khatam al-Quran dan Iftar Jamaie IKMAS 2025/1446H berjaya diadakan di Masjid Darul Naim, baru-baru ini.
Dalam usaha mendekatkan diri kepada Allah SWT, Ramadan ialah kesempatan paling berharga untuk memperbanyakkan bacaan al-Quran, sama ada secara bertadarus atau berseorangan.
Program dimulakan dengan Majlis Khatam al-Quran yang dipimpin Penolong Pengarah Ustaz Mohamad Rafiee Badurus dan diiringi pegawaipegawai serta pelajar IKMAS.
Seterusnya, majlis diteruskan dengan penyerahan simbolik sumbangan kepada pelajar IKMAS dan perkongsian tazkirah Ramadan yang disampaikan Penolong Pengarah Kanan IKMAS Ustaz Mohd Azizon Noordin.
Program ini dimeriahkan lagi dengan kehadiran Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak Datuk Misnu Taha, serta isteri.
Turut hadir, Pengarah IKMAS, Zaizurina Mansor, ketua-ketua jabatan, pegawai-pegawai dan warga IKMAS.
Semoga dengan pelaksanaan, program ini dapat menyemai rasa kecintaan terhadap al-Quran dan menjadikan bacaan al-Quran sebagai sebahagian daripada amalan harian serta memperkukuh ikatan silaturahim.



