ARTIKEL

Semai semangat kampung

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

DARO: Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (Saberkas) Daro mengagihkan lebih 3,000 pek bubur lambuk kepada orang ramai menerusi program Ramadan diadakan secara berperingkat-peringkat di seluruh kampung di kawasan itu.

Setiausaha Agung Saberkas Sarawak, Safiee Ahmat berkata, program yang melibatkan kerjasama penduduk kampung itu bertujuan mengimarahkan Ramadan di samping merapatkan hubungan Saberkas dengan masyarakat setempat.

Menurutnya, program tersebut membabitkan aktiviti gotong-royong memasak bubur lambuk oleh ahli Saberkas dengan kerjasama penduduk dari sepuluh buah kampung di Daro.

“Program bermula di Kampung Tengah, Pangtray, Panchur, Masjid, Kampung Baru, Lemang Pek, Badong, Tebaang, Itol dan dijangka berakhir di Nangar.

“Program dianjurkan Seberkas dengan kerjasama jawatankuasa pengurusan surau masjid dan pertubuhan lain di kampung,” katanya kepada wartawan Suara Sarawak selepas menghadiri program pengagihan bubur lambuk di Kampung Badong, semalam.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.43 Daro berkata, program tersebut merupakan kesinambungan pelaksanaan aktiviti anjuran Saberkas sepanjang Ramadan setiap tahun.

Penganjuran aktiviti itu katanya, Ramadan ini dapat mengeratkan hubungan antara Saberkas Daro bersama agensi-agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi memupuk semangat saling bekerjasama antara satu sama lain.

“Saya amat gembira dan teruja melihat semangat tinggi ditunjukkan oleh penduduk menyediakan bubur lambuk walaupun kepenatan seharian berpuasa.

“Malah, program kali ini lebih meriah kerana melibatkan penyertaan penduduk di setiap buah kampung. Secara tidak langsung objektif kita untuk menyemai semangat muafakat dalam kalangan mereka tercapai,” ujarnya.

Safiee bersama penduduk yang menjayakan program memasak dan mengagihkan bubur lambuk di Kampung Badong semalam.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha