ARTIKEL

Semak ketepatan tarikh Hijrah pada jam digital azan anda

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PUTRAJAYA: Semua pihak termasuk pengurusan masjid dan surau disaran sentiasa membuat semakan ketepatan tarikh hijrah yang terdapat pada jam digital azan, agar sentiasa selari dengan kalendar hijrah yang dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) atau pihak berkuasa agama negeri dan disahkan Panel Pakar Falak.

Jakim dalam kenyataan hari ini menyatakan pihaknya mengambil maklum tentang penularan satu tangkap layar yang memaparkan “Pemberitahuan Akhir Ramadan 1444H 20 April 2023” yang dipercayai disiarkan menerusi sebuah paparan iklan di sebuah masjid.

Menurut kenyataan Jakim itu paparan tersebut menimbulkan spekulasi dalam kalangan warga maya berkaitan tarikh sambutan Aidilfitri tahun ini.

“Jakim ingin memaklumkan pengisytiharan tarikh 1 Syawal pada setiap tahun bagi Malaysia dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, melalui media utama sejurus menerima laporan hasil cerapan anak bulan yang dibuat di 29 lokasi cerapan rasmi, setelah mendapat mandat Yang di-Pertuan Agong yang mewakili Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-Raja,” menurut kenyataan itu.

Cerapan Hilal Syawal bagi tahun ini pada petang Khamis, 29 Ramadan 1444H bersamaan 20 April.

Jakim turut meminta semua pihak menghormati ketetapan Majlis Raja-raja berkaitan perkara tersebut dan tidak membuat sebarang andaian tarikh Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

BERITA LAIN

RM545 juta perkukuh Internet di Sarawak

KUCHING: Sebanyak RM545 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan fasa pertama Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2 di Sarawak, melibatkan hampir 350 lokasi di seluruh negeri. Menteri Komunikasi

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha