ARTIKEL

Semak semula garis keselamatan tadika

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kementerian Perpaduan Negara akan menyemak semula garis panduan aspek keselamatan yang terdapat di Taska Genius Perpaduan (TGP) dan Tabika Perpaduan (TP).

Menterinya Datuk Halimah Mohamed Sadique berkata, kementeriannya akan mengeluarkan peruntukan bagi menilai semula aspek keselamatan pusat pendidikan awal itu.

“Kementerian melalui jabatan perpaduan, pengarah negeri dan semua pegawai perpaduan daerah akan fokus aspek ini kerana ia melibatkan keselamatan kanak-kanak.

“Bila bercakap mengenai keselamatan, ia bukan sahaja berkaitan penyediaan makanan berkualiti dan bernutrisi tetapi merangkumi pelbagai sudut yang terdapat di kawasan tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa melawat Taska Genius Perpaduan Kompleks Persekutuan Sarawak Simpang Tiga di sini, semalam.

Tambahnya, di Sarawak terdapat empat taska dan 172 tabika didaftarkan di bawah kementeriannya.

“Saya dimaklumkan oleh Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-kanak, Datuk Seri Fatimah Abdullah bahawa Taska Genius Perpaduan di Kompleks Persekutuan Simpang Tiga antara taska terbaik.

“Saya sendiri sempat menyaksikan proses penyediaan, sistem pembelajaran dan sebagainya di sini cukup baik.

“Kita berterima kasih kepada masyarakat kerana menyokong usaha menyemai perpaduan bermula dengan pendidikan awal kanak-kanak seperti taska dan tabika,” katanya.

Beliau berkata, terdapat beberapa SOP dibangunkan sebagai garis panduan kepada taska dan tabika di seluruh negara.

Halimah memberitahu bahawa sebanyak 1,049 KRT di negeri ini menerima geran bagi menjalankan pelbagai aktiviti dan program perpaduan.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Empat maut padam kebakaran hutan Bromo

JAKARTA: Empat orang maut manakala dua lagi melecur teruk selepas terperangkap dalam asap tebal dan api yang merebak dengan pantas ketika berusaha memadamkan kebakaran hutan

Tubi Mbos khazanah kulinari Bidayuh

TUBI mbos merupakan warisan kulinari masyarakat Bidayuh Biatah di Kampung Pain Bojong yang lahir daripada kearifan tempatan sebagai bekalan makanan mesra alam untuk penduduk ke