ARTIKEL

Semakan Pengambilan Pelatih PLKN 3.0 Siri 3/2025 Dibuka Esok

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Semakan pengambilan pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 bagi Siri 3 Tahun 2025 dibuka bermula pukul 10 pagi esok.

Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) dalam kenyataan hari ini memaklumkan semakan boleh dibuat menerusi laman sesawang atau pautan sistem PLKN 3.0 https://plkn.mod.gov.my/pelatih/semakan/form.

Bagi memastikan kelancaran proses pendaftaran dan pentadbiran, para pelatih yang terpilih perlu memberi maklum balas kehadiran melalui pautan itu sehingga 11 Julai ini.

“Sebarang maklumat lanjut berhubung perkara ini, sila hubungi Unit Pelatih, Sektor Latihan, JLKN di talian 03-4013 (Sambungan: 3612/3613/3614/3604/3603/3626) atau layari laman sesawang https://jlkn.mod.gov.my,” menurut kenyataan itu.

PLKN 3.0 bagi Siri 3 Tahun 2025 akan diadakan bermula 7 Sept hingga 21 Okt ini, melibatkan dua kem Askara Wataniah (AW) iaitu Regiment 515 (AW) di sini dan Regiment 505 (AW) di Pekan, Pahang. 

Sebelum ini, sebanyak 550 pelatih terdiri daripada 350 pelatih lelaki dan 200 pelatih wanita menyertai PLKN 3.0 Siri 2/2025, yang dijadualkan tamat pada 24 Jun ini. — BERNAMA

BERITA LAIN

Wanita maut dalam kemalangan di Batu Niah

MIRI: Seorang wanita berusia 24 tahun maut selepas kereta dipandunya dipercayai merempuh belakang sebuah lori di Jalan Pan Borneo, berhampiran Simpang WTK, Batu Niah, pagi

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha