ARTIKEL

Sembilan sekolah kurang murid di Daro

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sekolah Kebangsaan (SK) Tebaang di Daro akan dibaik pulih pada fasa kedua pembayaran kontra RM1 bilion oleh Kerajaan Sarawak kepada Kerajaan Persekutuan.

Menteri Muda Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi Dr Annuar Rapaee berkata, projek tersebut masih dalam reka bentuk dan proses penyiapan tender dokumen.

Sementara itu katanya, sebanyak empat sekolah di kawasan Dun Daro telah dinaik taraf sejak 2018 melibatkan perbelanjaan lebih RM10 juta.

“Sekolah yang dibaik pulih tersebut adalah Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Daro, SK Kampung Pangtray, SK Nangar dan SK Kpg Penasu, selain banyak peruntukan telah disalurkan kepada Dun Daro,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Adun Daro Safiee Ahmad mengenai jumlah sekolah di kawasannya yang akan dibaik pulih di bawah peruntukan sekolah daif pada Persidangan Dun, di sini, semalam.

Mengenai Sekolah Kurang Murid (SKM) di Daro, Dr Annuar berkata, terdapat sembilan sekolah yang dikategorikan SKM di kawasan tersebut dengan lapan daripadanya dalam keadaan daif.

“Disebabkan itu, kerajaan mementingkan penggabungan SKM ini supaya sekolah daif dapat dibina selain mempunyai banyak kebaikan lain termasuk dari segi kemudahan, guru opsyen dan kompetitif antara pelajar kerana mereka dikelompokkan lebih daripada 300 orang.

“Tetapi, ia tidak mudah dilaksanakan kerana sebelum satu-satu sekolah itu ditutup untuk digabung dan dijadikan sekolah lebih besar, ia perlu mendapat persetujuan ibu bapa,” ujarnya.

Jelasnya, SKM didefinisikan mempunyai populasi murid kurang 150 orang serta banyak di luar bandar dan kawasan pedalaman Sarawak dengan kebanyakannya dalam keadaan daif serta kurang fasiliti.

BERITA LAIN

378 permohonan ALAF di Tellian belum dilaksanakan

KUCHING: Sebanyak 378 permohonan di bawah Projek Pemohon Tambahan atau Lewat (ALAF) di Tellian belum dilaksanakan setakat ini. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian, Royston

BERITA TERBARU