ARTIKEL

Sembunyi anjing elak disuntik

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Rumah Panjang Rumah Samueh Adeng di Engkilili kini diisytiharkan sebagai kawasan rabies selepas Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak (DVS) mengesan dua anjing positif rabies.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah berkata, rumah panjang tersebut antara enam kawasan yang diisytihar sebagai kawasan wabak rabies di negeri ini setakat ini.

“Ia termasuk kawasan di Kampung Seroban di Serian, Kin Chu Shin di Batu Kawa, Kampung Siantan di Serian, Tanjung Durian di Seniawan Bau dan Kesuma Resort Petra Jaya,” jelasnya.

Uggah yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri menyatakan, Makmal Jabatan Veterinar telah menjalani ujian baru-baru ini kepada 14 sampel dari Kuching, Serian, Bintulu, Kapit dan Bahagian Sri Aman bermula.

“Enam sampel yang diuji dari kawasan tersebut termasuk rumah panjang itu didapati positif rabies.

“Manakala, sampel darip Bintulu dan Kapit didapati negatif,” ujarnya.

Uggah menyeru pemilik anjing untuk mendapatkan vaksin dengan segera.

Katanya, pemilik anjing dari kawasan Rumah Samueh Adeng enggan membenarkan pasukan vaksin memberikan vaksin kepada anjing mereka pada tahun lalu.

“Mereka menyembunyikan anjing ketika pasukan dari Jabatan Veterinar Negeri datang ke rumah panjang untuk operasi vaksin.

“Mereka takut anjing akan mati jika ia diberi vaksin,” kata Uggah sambil menambah setakat ini tiada anjing yang diberi vaksin mati.

Beliau berkata anjing dari Rumah Samueh Adeng didapati memiliki rabies selepas menggigit seseorang.

“Operasi Fasa 5 meliputi Sri Aman, Lubok Antu dan Betong akan bermula dari 31 Julai hingga 3 Ogos nanti.

“Saya merayu kepada semua pemilik anjing di kawasan ini untuk membenarkan anjing mereka divaksin.

“Tolong berikan kerjasama kepada pihak kami dan ingat bahawa rabies ialah penyakit yang dapat mengancam nyawa,” katanya.

Menurut Pengarah DVS Dr Adrian Ambud Susin, 63 kawasan kini diisytiharkan kawasan jangkitan rabies sejak 2017 di negeri ini.

BERITA LAIN

Trump siarkan video lelaki maut akibat harimau

WASHINGTON: Presiden AS Donald Trump memuat naik rakaman yang mengemparkan di akaun Truth Social beliau pada Selasa, memaparkan seorang lelaki di Britain yang maut dibaham

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat

BERITA TERBARU

Pengurus klinik ‘jadi bilionair’ selama sejam

KUCHING: Seorang pengurus klinik, Wan Mohd Fairuz Wan Zainal Abidin, 33, terkejut apabila baki akaun banknya tiba-tiba memaparkan lebih RM1 bilion, sekali gus memberinya pengalaman

Pengurusan kewangan Sarawak dipuji

KUCHING: Penubuhan Dana Kekayaan Berdaulat Masa Hadapan mencerminkan pengurusan kewangan berhemat Sarawak dalam menjamin kestabilan fiskal negeri serta kepentingan generasi akan datang. Ahli Dewan Undangan