ARTIKEL

SELESAI...Khairulddin Qalam Daud (berdiri di tengah) merakam gambar bersama-sama barisan pengadil terlibat.

Seminar pengadil FAS amat bermakna

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SARIKEI: Seminar Undang-Undang Dan Ujian Kecergasan Pengadil anjuran Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) dengan kerjasama Persatuan Bola Sepak Bahagian Sarikei (PBBS) berlangsung dengan jayanya di Kompleks Sukan Sarikei.

Program dua hari (11 dan 12 April) itu yang turut melibatkan pengadil di beberapa bahagian seperti Sarikei, Sibu dan Kapit.

Presiden PBBS, Khairulddin Qalam Daud memberitahu, program berkenaan bertujuan untuk meningkatkan kefahaman tentang undang-undang permainan serta memastikan kecergasan para pengadil sentiasa berada pada tahap terbaik selaras dengan tuntutan bola sepak moden.

“Seminar ini dikendalikan oleh Pegawai Pembangunan Pengadil Negeri Sarawak, Busrah Eri dan turut dibantu tenaga pengajar atau pengadil berpengalaman luas seperti Nojey Naking dan Dennis Suyang,” ujar Qalam kepada Arena Suara Sarawak.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pengadil PBBS, Donny Luda memaklumkan, pemilihan Sarikei sebagai lokasi program adalah berdasarkan arahan daripada Jawatankuasa Pengadil FAS.

“Penganjuran ini memberi pengalaman berharga kepada barisan kepemimpinan baharu PBBS serta memperkukuh pengurusan pengadil di peringkat bahagian,” tegasnya.

Dalam pada itu, Naib Presiden PBBS, Kevin Jampang antara pengadil aktif peringkat kebangsaan, turut memainkan peranan penting dalam memastikan kelancaran program berkenaan.

Peserta juga sempat mengikuti sesi perkongsian khas yang disampaikan mantan Pengerusi Jawatankuasa Pengadil Sarawak 2022-2025, Khairulddin Qalam Daud.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU