ARTIKEL

Johnny Pang memotong riben simbolik merasmikan Ekspo Pendidikan Sarawak Peringkat Daerah Bintulu 2025.

Semua Pihak Perlu Berganding Bahu Perkasa Pendidikan Sarawak – Johnny Pang

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Semua pihak termasuk sektor kerajaan, swasta, institusi pendidikan, ibu bapa dan guru perlu berganding bahu bagi memperkukuh sistem pendidikan Sarawak serta melahirkan generasi muda yang berdaya saing.

ADUN Tanjong Batu, Johnny Pang Leong Ming berkata, pendidikan bukan sekadar usaha memperoleh pencapaian akademik yang cemerlang, sebaliknya turut berperanan membentuk akhlak, kemahiran, disiplin serta nilai jati diri yang kukuh.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Ekspo Pendidikan Sarawak Peringkat Daerah Bintulu 2025 yang diadakan di Times Square Megamall Bintulu pada Sabtu.

Menurutnya, kerajaan Sarawak di bawah pimpinan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg telah memberi perhatian serius dalam usaha memperluas akses pendidikan kepada semua lapisan masyarakat.

Johnny Pang menyampaikan insentif daripada Yayasan Sarawak kepada wakil salah seorang penerima.

Pada majlis itu, seramai 48 pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2024 menerima insentif daripada Yayasan Sarawak sebagai pengiktirafan atas pencapaian akademik mereka.

Johnny Pang berkata, kejayaan pelajar tersebut bukan sahaja membanggakan keluarga, malah menjadi inspirasi kepada generasi pelajar yang lain.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada lebih 20 agensi kerajaan dan swasta yang mengambil bahagian dalam ekspo berkenaan dengan membuka reruai pameran – menawarkan pelbagai maklumat pendidikan dan kerjaya kepada para pengunjung.

Johnny Pang meluangkan masa melawat reruai pameran yang disediakan sempena Ekspo Pendidikan Sarawak Peringkat Daerah Bintulu 2025.

BERITA LAIN

RM1.272 bilion perkukuh bekalan air di Sarawak

KUCHING: Enam projek bekalan air di Sarawak bernilai keseluruhan RM1.272 bilion akan diteruskan menerusi Pelan Pelaksanaan Berkala Pertama Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi meningkatkan akses

BERITA TERBARU

RM1.272 bilion perkukuh bekalan air di Sarawak

KUCHING: Enam projek bekalan air di Sarawak bernilai keseluruhan RM1.272 bilion akan diteruskan menerusi Pelan Pelaksanaan Berkala Pertama Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi meningkatkan akses

Polis tahan empat suspek kes khianat simbah cat

MIRI: Gara-gara tuntutan hutang pinjaman wang dalam talian yang dipercayai dibuat oleh anak lelakinya, seorang bapa berusia 54 tahun menerima ugutan sebelum kediamannya di sebuah