ARTIKEL

Gambar hiasan | Bernama

Semua syarikat penerbangan Iran henti operasi di seluruh dunia mulai 23 Sept – AS

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

ISTANBUL: Semua syarikat penerbangan komersial Iran akan menghentikan operasi di seluruh dunia mulai Rabu, kata Setiausaha Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) Scott Bessent pada Isnin, lapor Anadolu Ajansi (AA).

“Pada 23 Sept, semua syarikat penerbangan Iran akan menghentikan operasi di seluruh dunia,” kata Bessent kepada rangkaian televisyen AS CNBC ketika menjelaskan sekatan sekunder meluas yang bertujuan mengasingkan rangkaian penerbangan awam Tehran.

Bessent menjelaskan bahawa hab antarabangsa yang memberikan perkhidmatan kepada pesawat Iran akan berdepan sekatan sepenuhnya daripada sistem perbankan AS.

Beliau memberi amaran bahawa pengendali asing tidak boleh mengisi minyak pesawat, menyediakan kemudahan pendaratan atau menjual tiket penumpang tanpa mengambil risiko kehilangan akses kepada urus niaga dalam dolar AS.

Pegawai Iran tidak segera mengeluarkan kenyataan awam berhubung sekatan penerbangan yang dirancang itu.

Sekatan terhadap sektor penerbangan itu berlaku ketika Washington meningkatkan langkah ekonomi terhadap Tehran di bawah Operation Economic Fury, susulan perang Iran yang kini memasuki bulan ketujuh.

Perang itu bermula pada akhir Februari selepas serangan bersepadu oleh AS dan Israel yang mencetuskan gangguan maritim di Selat Hormuz, pertukaran serangan peluru berpandu serantau yang berterusan serta tekanan yang semakin meningkat terhadap saluran komersial dan kewangan Iran. — Bernama

BERITA LAIN

Pawagam China bukan sekadar tempat tonton filem

BEIJING: Nilai pengeluaran keseluruhan rantaian industri perfileman China dianggarkan mencecah 480 bilion yuan (RM294 bilion) sejak awal tahun ini, sekali gus menandakan pertumbuhan yang mampan.

BERITA TERBARU