ARTIKEL

Kredit: Bernama

Senam Sihat MADANI sasar 50,000 peserta

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

JOHOR BAHRU: Program Senam Sihat MADANI Merdeka 2026 akan berlangsung serentak di 1,098 Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) seluruh negara pada 29 Ogos sempena Bulan Kebangsaan.

Program itu menyasarkan lebih 50,000 peserta.

Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan) Kementerian Komunikasi Datuk Aminurrahim Mohamed (kiri) meluangkan masa melawat reruai pameran sempena majlis pelancaran Senam Sihat MADANI Merdeka 2026 dan Program MADANI Kita (PMK) Larkin di Dewan Kampung Melayu Majidee. | Bernama

Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan) Kementerian Komunikasi Datuk Aminurrahim Mohamed berkata program itu turut menyasarkan pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR) bagi penyertaan serentak menerusi rangkaian NADI seperti dilapor Bernama.

Beliau berkata program itu menggalakkan gaya hidup sihat, kebersamaan dan perpaduan.

Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan) Kementerian Komunikasi Datuk Aminurrahim Mohamed menyampaikan ucapan sempena majlis pelancaran Senam Sihat MADANI Merdeka 2026 dan Program MADANI Kita (PMK) Larkin di Dewan Kampung Melayu Majidee. | Bernama

Ia merupakan inisiatif teras Kesejahteraan Kendiri dalam Perkhidmatan Pintar NADI.

Setakat ini, 137,254 peserta seluruh negara telah menyertai program di bawah teras berkenaan.

Di Johor Bahru, seramai 245 peserta telah menerima manfaat program dan saringan kesihatan melalui NADI.

PMK Larkin turut menyediakan pemeriksaan kesihatan asas, pergigian dan saringan risiko penyakit jantung menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI).

BERITA LAIN

BERITA TERBARU