ARTIKEL

AMIR ABU BAKAR...Ketua jurulatih.

Senarai muktamad pemain diketahui bulan Mei

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Senarai muktamad pemain skuad sepak takraw lelaki yang akan mewakili Sarawak di temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XXI 2024 akan diketahui penghujung bulan Mei nanti.

Ketua jurulatih Amir Abu Bakar menjelaskan, pihaknya sudah mengenal pasti calon pemain terbaik yang akan dinilai menerusi prestasi semasa.

Terdapat 21 orang pemain yang berada dalam senarai panjang setakat ini, sekali gus akan menyertai kem latihan pusat bermula pada Mac depan.

“Seramai 21 orang pemain yang berada dalam radar kita untuk menilai prestasi mereka.

“Latihan pusat akan bermula pada bulan hadapan (Mac) dan prestasi mereka akan dinilai sepanjang latihan kelak,” ujar Amir kepada Arena Suara Sarawak.

Beliau akui, pihaknya perlu melakukan tapisan sebaik mungkin kerana hanya akan memilih 14 orang pemain terbaik.

Menurut Amir, kesemua pemain yang berada dalam senarai panjang ketika ini hasil pemilihan dilakukan di seluruh Sarawak.

BERITA LAIN

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan

BERITA TERBARU

Emosi atasi pertimbangan

BARU-BARU ini berlaku insiden tragis apabila seorang pelajar perempuan ditemui mati didakwa dibunuh di sebuah sekolah di Yong Peng, Batu Pahat, Johor. Pelajar tingkatan empat