ARTIKEL

Foto: Freepik.com

Senator AS gesa “siasatan rapi” berhubung serangan sekolah rendah di Iran

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

ISTANBUL: Senator Amerika Syarikat (AS) Mark Warner pada Ahad berkata bahawa “siasatan rapi” diperlukan berhubung serangan peluru berpandu pada penghujung Februari lepas ke atas sebuah sekolah rendah di bandar Minab di selatan Iran di tengah-tengah operasi ketenteraan bersama AS-Israel, lapor Anadolu Ajansi, memetik sebuah penyiar tempatan.

Bercakap kepada CBS News, Warner berkata beliau berasa “agak kecewa” apabila Presiden Donald Trump pada mulanya cuba menafikan peranan AS dalam serangan itu atau menyatakan bahawa ia dilakukan oleh Iran.

“Tetapi apa yang saya tidak mahu lakukan ialah membuat kesimpulan awal sama ada ia dilakukan oleh CENTCOM atau Agensi Perisikan Pertahanan.

Itulah tujuan siasatan rapi dijalankan. Jelas sekali, ia adalah serangan Amerika,” katanya.

Beliau turut mengkritik Trump kerana mesej yang tidak jelas mengenai matlamat pentadbiran itu dalam perang dengan Iran, sambil menegaskan bahawa operasi ketenteraan berkenaan telah memberi kesan ekonomi yang ketara denganmenyatakan kenaikan harga petrol di negerinya, Virginia manakala petani melaporkan kos baja meningkat kira-kira 40 peratus.

Sekurang-kurangnya 150 pelajar perempuan terkorban dalam serangan udara ke atas Sekolah Rendah Shajareh Tayyebeh pada 28 Feb lepas, ketika AS dan Israel melancarkan serangan bersama ke atas Iran yang setakat ini telah mengorbankan kira-kira 1,300 orang, termasuk Pemimpin Agung ketika itu Ali Khamenei.

Lebih 10,000 orang dilaporkan cedera dalam serangan itu.

Insiden berkenaan menarik perhatian antarabangsa di tengah-tengah dakwaan yang bercanggah mengenai pihak yang bertanggungjawab, namun kebanyakan analisis menyatakan bahawa serangan itu dilancarkan oleh AS.

Trump sebelum ini mendakwa Iran mungkin berada di sebalik serangan itu.

Selepas laporan muncul bahawa serangan itu melibatkan peluru berpandu krus Tomahawk yang lazim digunakan oleh tentera AS, beliau turut mendakwa tanpa mengemukakan sebarang bukti bahawa Iran memiliki beberapa Tomahawk.

Siasatan berhubung serangan itu masih diteruskan. — Bernama

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

RM1.272 bilion perkukuh bekalan air di Sarawak

KUCHING: Enam projek bekalan air di Sarawak bernilai keseluruhan RM1.272 bilion akan diteruskan menerusi Pelan Pelaksanaan Berkala Pertama Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi meningkatkan akses

Polis tahan empat suspek kes khianat simbah cat

MIRI: Gara-gara tuntutan hutang pinjaman wang dalam talian yang dipercayai dibuat oleh anak lelakinya, seorang bapa berusia 54 tahun menerima ugutan sebelum kediamannya di sebuah