ARTIKEL

SENI GAMBUS LEBO DI SARAWAK

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

»PERSADA muzik Sarawak disemarakkan dengan kemunculan semula Gambus Lebo Sarawak.

Kali terakhir alat muzik Melayu ini pernah tampil di acara rasmi negeri adalah sekitar 1980-an.

Menurut Karyawan Seni Negara iaitu Narawi Rashidi, gambus Lebo seperti ini dipercayai sudah berada di Sarawak sekitar 200 tahun lalu atau kemungkinan lebih awal. 

Katanya, ia dapat dilihat pada penemuan sebuah gambus lebo lama yang terdapat ukiran bendera Sarawak lama di kepala gambus. 

“Kemungkinan kemasukan gambus ini ke Sarawak seiring dengan pertukaran perdagangan dan penyebaran agama Islam.

“Gambus seumpama ini dikatakan berasal dari Yaman yang disebut qanbus.

Gambus seperti ini juga terdapat di Semenanjung Malaysia dan kepulauan Borneo.

Tambahnya, qanbus ialah alat tradisional dari Yaman yang diukir dengan satu blok kayu. Ia juga dimainkan di Oman dan dinamakan gabbus. 

Permukaan atas di bahagian ekor gambus ditutup dengan kulit (kulit kambing) dan bahagian atas mempunyai papan bunyi kayu yang menutupi lubang panjang. Justeru, usaha mengangkat martabat gambus lebo semakin aktif dijalankan dengan kerjasama Majlis Seni Sarawak (MSS).

BERITA LAIN

Larian pesisir pacu ekonomi setempat

PROGRAM Larian Pesisir (Coastal) Sadong Jaya 2026 yang diadakan baru-baru ini dilihat mempunyai keistimewaan tersendiri. Program itu bukan sahaja menjadi aktiviti riadah yang menggalakkan amalan

Sarawak menanti kehadiran MPL

SEDEKAD bukan tempoh yang singkat, apatah lagi bagi sebuah permainan mudah alih yang berjaya bertahan, berkembang dan membina komuniti peminat merentas generasi. Bagi saya, Mobile

BERITA TERBARU