ARTIKEL

Sentiasa bantu bina, naik taraf kemudahan rumah ibadat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kerajaan Sarawak sentiasa prihatin dengan keperluan rakyat pelbagai kaum dan agama, termasuk dalam membina baharu, menaik taraf serta menyediakan kemudahan lengkap di semua rumah ibadat.

Timbalan Premier Datuk Seri Dr Sim Kui Hian berkata, usaha itu dibuktikan dengan penyaluran peruntukan yang besar kepada semua rumah ibadat di negeri ini melalui Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR).

“Sebagai ADUN Batu Kawa, saya tidak hanya mahu melihat kawasan ini maju dan berkembang, tetapi gereja-gereja di sini juga harus berubah sejajar perubahan zaman.

“Justeru, saya telah berbincang dengan Timbalan Premier Datuk Amar Douglas Uggah Embas yang juga menteri bertanggungjawab terhadap UNIFOR untuk menyediakan peruntukan bagi projek bina bangunan baharu Pusat Kariah St Basil di Batu Kawa ini.

“Kita bertuah kerana ia telah diluluskan, sekali gus membuktikan Kerajaan Sarawak amat prihatin dengan keperluan agama-agama lain, termasuk dalam pembaikan dan menaik taraf rumah ibadat,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya, mewakili Uggah pada Majlis Kesyukuran dan Pemberkatan Projek Pembinaan Pusat Kariah St Basil, Batu Kawa di sini, hari ini.

Mengulas lanjut katanya, projek yang mula dilaksanakan bermula Disember 2021 dengan kos RM6.2 juta itu dijangka siap pada bulan Ogos depan.

Untuk berita terperinci, sila langgani e-paper atau akhbar Suara Sarawak di pasaran.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Saingan satu lawan satu di PRK Sungai Bakap

NIBONG TEBAL: Seberang Perai, Pulau Pinang: Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon Pakatan Harapan