ARTIKEL

Sentiasa utamakan SARAWAK

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

TANGGAL 13 Januari 2017, merupakan tarikh bersejarah buat negeri Sarawak apabila Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dilantik menjadi Ketua Menteri Sarawak selepas pemergian Allayarham Pehin Sri Adenan Satem.

Sebelum ini, jawatan pemimpin nombor satu Sarawak itu sinonim dengan gelaran Ketua Menteri, namun ditukarkan kepada Premier seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Negeri Sarawak pada 1 Mac 2022.

Pada 15 Februari 2022, DUN Sarawak meluluskan Rang Undang-undang Perlembagaan Negeri Sarawak (Pindaan) 2022 yang mengandungi klausa menukar gelaran jawatan Ketua Menteri kepada Premier.

Sepanjang tujuh tahun pentabdiran, pelbagai inisiatif dan bantuan untuk rakyat dirangka dan dilaksanakan.

Bukan itu sahaja, sumber pendapatan negeri juga turut bertambah menerusi pelan dan strategi yang dilakukan.

Menerusi sesi Townhall Tujuh Tahun Bersama Abang Johari di Hikmah Exchange baru-baru ini, pelbagai topik dibincangkan menerusi persoalan yang dilontarkan tiga moderator jemputan.

Hos televisyen terkenal, Syed Munawar Syed Abdul Bari, Profesor di Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan USM, Profesor Datuk Dr Sivamurugan Pandian dan Ketua Pegawai Eksekutif Place Borneo, Mona Abdul Manap. 

PRINSIP PIAGAM MADINAH TERAS PERPADUAN NEGERI

Kata Abang Johari, ia menjadi amalan sejak dahulu di Sarawak dengan menekankan aspek saling menghormati.

“Ia diibaratkan kita hidup sebagai satu keluarga di bawah satu bumbung yang sama, hubungan yang begitu akrab memperkukuh nilai perpaduan rakyat Sarawak,” katanya.

Malah, menerusi kahwin campur juga memberi input yang penting dalam mengeratkan lagi hubungan antara kaum di negeri ini sekali gus mewujudkan fenomena hybrid Sarawakian sebagai falsafah kehidupan yang harmoni.

Sarawak menutup akaun pendapatannya bagi 2023 dengan nilai RM13.3 bilion — merupakan rekod tertinggi dalam sejarah negeri.

Sudah tentu segala sumber yang diperoleh itu berkat usaha yang dilaksanakan semua pihak serta pelaburan yang dibuat.

Apakah rahsia di sebalik kejayaan menjana pendapatan sebanyak itu, ketika moderator Syed Munawar bertanya kepada Abang Johari.

Jawabnya ringkas pada awalnya, ia berpandukan peruntukan yang termaktub dalam empat buku yang dibawanya, Perlembagaan Malaysia, Perlembagaan Negeri Sarawak, Perjanjian Malaysia 1963 dan Laporan Suruhanjaya Cobbold yang disifatkannya sebagai panduan.

Pelbagai langkah dilakukan secara berperingkat sehingga menyumbang kepada hasil pendapatan, malah berjaya mencetus sumber baharu.

Antaranya termasuk pelaksanaan Cukai Jualan Negeri (SST) yang dikenakan ke atas minyak dan gas.

“Ia berdasarkan kuasa yang diberi kepada Sarawak, menerusi peruntukan undang-undang dan dari sudut ekonomi kita berjaya melaksanakannya dalam mempelbagaikan sumber pendapatan,” katanya.

PENDIDIKAN UBAH TARAF HIDUP RAKYAT

Meskipun Bank Dunia mengiktiraf Sarawak sebagai negeri berpendapatan tinggi, namun Sarawak masih berada di kedudukan kedua terbawah dari segi pendapatan median.

Jurang perbezaan itu dapat diubah dengan melengkapkan bakat Sarawak dengan pendidikan.

“Bank Dunia menilai ekonomi dan pendapatan Sarawak berdasarkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) per kapita, jika negeri kita kaya, maka rakyat juga kaya.

“Dengan erti kata lain, isu kemiskinan boleh diatasi dengan pendidikan, dalam usaha meningkatkan taraf hidup rakyat, malah orang Sarawak juga boleh bersaing dengan orang lain,” katanya.

Justeru, Sarawak menawarkan pendidikan tinggi percuma kepada rakyat di universiti milik kerajaan negeri pada 2026.

Bagi saya ia merupakan inisiatif penting dan menarik khususnya bagi generasi muda yang menamatkan zaman persekolahan seterusnya melanjutkan pelajaran kelak.

Beruntunglah siapa yang mendapat manfaat itu kelak, jika dibandingkan zaman pengajian tinggi, ia boleh dikatakan Sarawak maju ke hadapan berbanding sebelum ini.

Secara peribadi ia merupakan berita baik, berbanding kita yang dahulunya terpaksa mendapatkan pembiayaan pendidikan.

DASAR EKONOMI BAHARU

Perancangan masa depan yang teliti dan rapi ke arah alam sekitar mampan, tidak membantutkan usaha Sarawak dalam menjadi peneraju ekonomi baharu melalui penghasilan tenaga hijau.

Dengan kestabilan politik, sudah tentu ia memberi keyakinan kepada pelabur asing untuk datang ke Malaysia, khususnya Sarawak.

Kekuatan yang dicapai itu, mempengaruhi pentadbiran kerajaan dalam memastikan Bumi Kenyalang terus melangkah maju terutama dalam usaha mencapai aspirasi Sarawak Maju Makmur 2030.

Abang Johari menegaskan pendekatan kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) mengutamakan Sarawak dalam hala tuju pembangunannya bukan untuk berpecah daripada Malaysia.

Jelasnya segala perkara yang dituntut Sarawak termasuk kuasa autonomi pendidikan, serta kesihatan termaktub bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Sokongan kepada pembentukan Kerajaan Perpaduan, Sarawak meletakkan negara sebagai keutamaan berbanding kehendak peribadi.

Begitu juga dengan Langkah Dubai sebelum ini yang dikaitkan dengan penglibatan anggota Dewan Rakyat, bahkan Abang Jo sendiri disenaraikan sebagai calon Perdana Menteri.

Tegasnya, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim harus dikekalkan untuk menerajui negara sehingga tamat penggal Parlimen.

Kesimpulannya, perkara yang diusahakan dan tindakan diambil ternyata memberi manfaat besar kepada rakyat Sarawak sama ada secara langsung atau tidak langsung.

BERITA LAIN

Tiga kursus buka perspektif baharu

PADA 6 dan 7 Oktober lalu, saya menghadiri kursus AI for Admin, HR & Secretaries di sebuah hotel di pusat bandar raya Kuching. Kursus selama

Jambatan mudahkan perjalanan pulang

Setiap kali musim perayaan tiba, perjalanan pulang ke kampung menjadi antara perkara yang paling dinantikan, terutama bagi mereka yang bekerja jauh dari kampung halaman. Namun,

BERITA TERBARU

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan