DALAM dunia pendidikan yang semakin menekankan pengalaman dunia sebenar, sekumpulan pelajar dari Subteras Kewartawanan Foto, Kursus Kokurikulum Berkredit, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) mengambil inisiatif tersendiri untuk keluar dari bilik kuliah dan merasai sendiri denyut nadi komuniti setempat.
Seramai 35 pelajar terbabit menganjurkan sebuah program berimpak tinggi bersama murid-murid Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Agama Matang 2 sebagai satu usaha memperkukuh pelibatan mereka dalam aktiviti kemasyarakatan.
Lebih daripada sekadar sebuah program lawatan, inisiatif ini turut membawa misi besar iaitu menerapkan pembelajaran berasaskan pengalaman sebenar serta menyemai nilai-nilai pendidikan kepada generasi muda.
Menurut fasilitator program, Irfan Nasrullah Jafli, idea utama penganjuran program ini ialah untuk membuka mata mahasiswa tentang potensi diri mereka sebagai agen pendidikan dalam masyarakat.
“Bila pelajar turun ke lapangan, mereka tidak hanya mempraktikkan kemahiran yang dipelajari dalam kelas, malah mereka dapat berinteraksi secara langsung dan menyampaikan inspirasi kepada murid-murid sekolah,” jelasnya.
Lebih 100 murid Tingkatan 1 SMK Agama Matang 2 menyertai program tersebut yang berlangsung dari pukul 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari pada pada 25 Mei lalu.
Pemilihan murid tingkatan rendah ini bukan secara kebetulan kerana mereka berada pada fasa awal pendidikan menengah dan ini merupakan waktu paling kritikal untuk memupuk minat serta semangat belajar.
Kehadiran mahasiswa dari pelbagai latar belakang akademik membuka peluang kepada murid-murid untuk berinteraksi dengan dunia luar yang mungkin asing bagi mereka.
Perbualan ringkas, aktiviti berkumpulan dan pendedahan kepada kamera serta elemen visual mencetuskan semangat baharu dalam diri para pelajar.
“Banyak murid yang mula menyuarakan cita-cita untuk masuk ke universiti selepas sesi perkongsian.
Ada juga yang bertanya bagaimana hendak menjadi jurugambar profesional,” kata Irfan.
Kesan emosi seperti inilah yang menjadi tunjang utama kejayaan program tersebut.
Sentuhan insaniah yang mungkin tidak boleh diajar dalam bilik darjah kini hadir dalam bentuk pengalaman yang bermakna.
Program ini juga tidak lari dan menyampaikan inspirasi kepada murid-murid sekolah,” jelasnya.

Program ini juga tidak lari daripada kerangka global.
Ia dirangka untuk menyokong beberapa Matlamat Pembangunan Mampan (SDG), antaranya Kualiti Pendidikan (SDG 4), Kesaksamaan Jantina (SDG 5) dan Kelestarian Komuniti (SDG 11).
Setiap pelajar UNIMAS diberikan tugasan untuk merakam gambar aktiviti berkaitan SDG sepanjang program berlangsung.
Gambar-gambar ini akan diterbitkan dalam bentuk buku sebagai hasil kerjasama antara universiti dengan komuniti.
Usaha ini secara tidak langsung menyemai semangat kelestarian melalui visual.
Bagi pelajar UNIMAS, program ini juga menjadi platform latihan sebenar dalam membina kemahiran insaniah seperti komunikasi, kerja berpasukan dan kepimpinan.
Semua ini sejajar dengan aspirasi pendidikan holistik yang diterapkan oleh universiti.
“Seronok tengok mereka berbual, gelak bersama murid, dan dalam masa sama tetap fokus dengan tugasan yang diberikan,” ujar Irfan.
Pengetua SMK Agama Matang, Yazid Rajali, turut menyambut baik inisiatif ini dan menyifatkannya sebagai program yang wajar dijadikan agenda tahunan.
“Bukan sahaja murid yang mendapat manfaat, pelajar universiti juga dapat membina jati diri.
Mereka belajar bukan sekadar untuk peperiksaan tetapi untuk kehidupan,” katanya.
Beliau percaya pendekatan seperti ini mampu melengkapkan murid dengan pengetahuan dan kemahiran pelbagai dimensi, bukan sahaja untuk akademik, malah untuk menghadapi cabaran kehidupan moden yang penuh kompleksiti.
Dalam dunia yang semakin terpisah antara teori dengan realiti, program ini menjadi jambatan penting antara institusi pengajian tinggi dengan komuniti setempat.
Ia bukan sahaja mendekatkan mahasiswa dengan masyarakat, malah turut memupuk kesedaran sosial dan tanggungjawab bersama dalam membina masa depan yang lebih lestari dan inklusif.
Diharapkan agar inisiatif sebegini dapat diteruskan dengan lebih meluas dan konsisten agar pendidikan tidak hanya berhenti di sempadan kampus, tetapi meresap masuk ke akar kehidupan masyarakat seluruhny