ARTIKEL

Seorang diri jahit 300 baju raya

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BIARPUN membuka perniagaan jahitan sendiri dari rumah, hasil tangan Naemah Mahmud, 50, tidak pernah menghampakan apabila tidak putus-putus menerima tempahan baju raya daripada pelanggan tetap dan baharu saban tahun.

Berbekalkan prinsip mengutamakan kualiti dan kekemasan dalam jahitan, ibu kepada empat anak ini mengakui lebih selesa bekerja seorang diri berbanding mengupah pekerja walaupun terpaksa bertungkus lumus menyiapkan tempahan.

“Saya pernah ambil seorang pembantu untuk memudahkan kerja menjahit, namun agak kecewa kerana hasil tangannya tidak memuaskan hati menyebabkan terpaksa membuka semula jahitan dan merapinya kembali.

“Sejak itu, saya berkeras untuk menjahit sendiri baju tanpa bantuan pekerja, ia lebih mudah kerana tidak perlu membuat kerja dua tiga kali apabila hasil tidak seperti yang kita mahu,” ujarnya.

Ketelitian dalam jahitan menyebabkan perkhidmatan Naemah atau mesra dengan panggilan Kak Emah kekal relevan hingga kini walaupun sudah 24 tahun berkecimpung dalam dunia jahitan pakaian.

Menetap di Kampung Bintawa Hilir, Petra Jaya, Kak Emah berkata, dia menerima 250 hingga 300 pasang tempahan pakaian raya sejak Mei tahun lalu lagi.

Bimbang tidak mampu menyiapkan tempahan menjelang lebaran, Kak Emah terpaksa menolak tempahan baju raya empat bulan lebih awal iaitu pada November 2023.

Baca lain  AZAM TAHUN BAHARU

Walaupun pendapatan sebagai tukang jahit tidak menentu dan bergantung kepada tempahan, namun Kak Emah bersyukur kerana dapat melakukan yang terbaik untuk pelanggan dan kebanyakan mereka berpuas hati dengan hasil kerjanya.

“Kebanyakan pelanggan berpuas hati dengan hasil kerja saya dan mereka yang datang menghantar tempahan baju untuk dijahit bukan sahaja penduduk kampung, malah di sekitar kawasan Kuching dan Kota Samarahan

. “Dengan pengalaman yang ada, saya mampu menjahit pelbagai jenis fesyen pakaian lelaki dan perempuan mengikut kehendak pelanggan dan upah serendah RM20 hingga RM65 bergantung dengan jenis baju dan struktur kain,” katanya kepada Suara Sarawak baru-baru ini.

Antara baju yang biasa ditempah adalah baju kurung, kebaya, baju kurung fesyen, baju Melayu, jubah dan sebagainya.

Menurut Kak Emah, Aidilfitri ialah lubuk rezeki baginya kerana mampu meraih pendapatan lumayan hingga mencecah RM3,000 dan ke atas berbanding hari-hari biasa yang hanya mampu menjana pendapatan dalam lingkungan RM500 sebulan.

Selain itu, dia turut mengambil upah menjahit sejak dua dekad yang lalu demi kelangsungan hidup mereka sekeluarga selain membantu suaminya yang hanya bekerja kampung serta memiliki pendapatan tidak menentu.

Baca lain  Minggu Kraf London pamer kraf Sarawak di mata dunia

Tidak dinafikan, biarpun terdapat lambakan baju raya di pasaran dengan harga yang jauh lebih murah, namun tempahan baju raya yang diterima Kak Emah tetap meningkat saban tahun dan tidak pernah mengecewakan.

“Mungkin pelanggan lebih selesa menggayakan baju raya yang dijahit sendiri kerana ukuran yang lebih tepat berbanding yang dijual di pasar raya.

“Kadang-kadang ada yang membuat tempahan baju raya untuk keluarga besar iaitu dalam sebuah keluarga, seorang sahaja sudah menempah empat pasang baju dan belum termasuk ahli keluarga yang lain,” tambahnya.

Tidak terhad dengan tempahan baju raya, Naemah turut menerima tempahan baju secara borong dari sekolah, agensi-agensi kerajaan dan swasta yang memerlukan baju korporat, baju kahwin dan sebagainya.

Atas faktor umur, produktiviti Kak Emah menjahit pakaian semakin rendah berbanding dahulu dan hanya mampu menyiapkan dua hingga tiga pasang baju setiap hari.

Berdepan dengan pelanggan pelbagai kerenah, sentiasa mahu cepat dan enggan membayar upah baju menjadi cabaran besar buat Naemah sepanjang menjadi tukang jahit.

Bagi pelanggan yang enggan membayar upah, Kak Emah tidak akan menerima tempahan daripada pelanggan yang sama kerana terpaksa menanggung kerugian besar gara-gara pelanggan tidak mahu bertanggungjawab.

Baca lain  Jadikan pengajian universiti kondusif

Berkongsi cabaran lain yang dilaluinya, mesin jahit tiba-tiba rosak ketika sedang bertungkus lumus menyiapkan tempahan.

“Pernah mendapat bantuan kerajaan dari segi peralatan menjahit, namun mesin tersebut sudah lama rosak dan terpaksa membeli mesin baru menggunakan modal sendiri,” ujarnya.

Menariknya, Naemah tidak pernah menggunakan platform media sosial untuk mengiklan atau mempromosi perkhidmatan jahitannya, namun, kebanyakan pelanggan yang datang ujarnya menerusi hebahan dari mulut ke mulut pelanggan yang berpuas hati.

Berkongsi trend warna baju raya terkini, Naemah memberitahu rata-rata warna baju yang banyak diterimanya daripada pelanggan adalah kain berwarna oren bata.

Bagaimanapun, jelas Naemah agak sukar baginya mencari warna benang yang seratus peratus sama dengan warna oren bata tersebut.

Lebih mudah katanya, jika pelanggan itu sendiri membeli kain sekali dengan benang dan warna yang sama, khususnya bagi warna panas atau trending tersebut.

Bagi yang berminat mendapatkan perkhidmatan jahitan daripada Kak Emah, boleh terus hubungi talian 011-1206 1514.  

NOTIS TENDER

BERITA LAIN

Anak cerminan ibu bapa

IBU bapa merupakan pendidik pertama anak. Segala tingkah laku anak sering dikaitkan dengan cara ibu bapa membesarkan mereka. Dalam konteks ini, anak mudah belajar dengan

Guru didik anak bangsa berjaya

SAMBUTAN Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2024 bertemakan “Guru Jauhari Digital, Aspirasi Negara MADANI” diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sultan Ahmad Shah (SASICC), Kuantan, Pahang, 14

Banyak program khas

MELIHAT kejayaan pelaksanaan program belia dalam suku pertama tahun ini, Ikram Kawasan Bintulu membuat perancangan untuk meluaskan program khas buat belia. Menggunakan landskap yang digemari

Masa berkualiti bersama keluarga

Dari segi sejarahnya, Hari Keluarga Antarabangsa mempunyai hubungan yang kuat dengan perubahan persepsi keluarga dalam konteks global. Ia bermula pada 1994, setelah Perhimpunan Agung Pertubuhan

Terima kepelbagaian kukuh hubungan keluarga

LEBIH 150 NEGARA meraikan Hari Keluarga Antarabangsa, hari ini. Sambutan itu menggalakkan kerjasama global dan perkongsian idea apa-apa perkara berkaitan keluarga.  Hari Keluarga Antarabangsa menyampaikan

Tarikan semula jadi Betong

BETONG menawarkan pelbagai tempat ekopelancongan memukau seperti kawasan hutan asli dan keindahan sungai kepada pengunjung. Daerah ini juga kaya dengan tempat bersejarah yang memungkinkan pengunjung

BERITA TERBARU