ARTIKEL

Seorang kanak-kanak lelaki dikhuatiri hilang di Tanah Merah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

TANAH MERAH: Seorang kanak-kanak lelaki berusia setahun tujuh bulan dilaporkan hilang di Kampung Aira Kuala Tiga di sini semalam. 

Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan II Mohd Asmadi Ariffin berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 8.02 malam daripada orang awam yang memaklumkan kejadian tersebut melibatkan seorang kanak-kanak lelaki dikenali sebagai Hud Aryan Mohd Nor Hafifi.

“Setibanya di lokasi kejadian, mendapati benar seorang kanak-kanak lelaki telah hilang. Pihak kami melakukan pencarian bersama anggota polis dan orang awam.

“Bagaimanapun, operasi mencari mangsa terpaksa ditangguhkan pada 11.02 malam tadi sebelum meneruskan semula pencarian kanak-kanak ini pada pagi ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Asmadi berkata tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tanah Merah terlibat dalam operasi pencarian ini dan turut mendapat bantuan daripada Pasukan Penyelamat Dalam Air (PPDA) dan Unit K9. – BERNAMA

BERITA LAIN

Wanita maut dalam kemalangan di Batu Niah

MIRI: Seorang wanita berusia 24 tahun maut selepas kereta dipandunya dipercayai merempuh belakang sebuah lori di Jalan Pan Borneo, berhampiran Simpang WTK, Batu Niah, pagi

BERITA TERBARU