ARTIKEL

Seorang mangsa disahkan mati lemas selepas dihanyut kepala air ketika mandi di Air Terjun Kampung Sebat, Sematan petang tadi.

Seorang lemas, seorang hilang dihanyut kepala air di Air Terjun Kampung Sebat, Sematan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SEMATAN: Seorang mati lemas, seorang hilang dan dua lagi selamat selepas dihanyutkan kepala air ketika mandi di Air Terjun Kampung Sebat, di sini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata pihaknya menerima laporan kejadian kira-kira 4.55 petang tadi.

“Kejadian melibatkan empat mangsa yang kesemuanya lelaki berumur 20 tahun,” katanya dalam kenyataan.

Menjelas lanjut, beliau berkata dua mangsa selamat setelah berjaya dikeluarkan oleh penduduk kampung.

Manakala, katanya seorang mangsa turut dikeluarkan oleh penduduk kampung tetapi disahkan meninggal dunia oleh paramedik di tempat kejadian.

Tambahnya, seorang lagi mangsa masih hilang setelah operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang dijalankan gagal menemukannya.

Operasi SAR ditangguhkan pada 7 malam tadi, namun pasukan Rela dikerahkan untuk bersedia di lokasi kejadian.

BERITA LAIN

15 PATI gagal masuk Sarawak

KUCHING: Tentera Darat Malaysia (TDM) berjaya menggagalkan cubaan seramai 15 pendatang asing tanpa izin (PATI) masuk ke Sarawak menggunakan lorong tikus di Sektor Pos GABMA

Reruai Sarawak curi perhatian pengunjung

KUCHING: Sambutan Hari Muzium Antarabangsa tahun ini mendapat pujian ramai termasuk Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah. Majlis

10 gadis jelita rebut gelaran Kumang Gawai

SIBU: Seramai 10 gadis jelita merebut gelaran Kumang Gawai Dayak Sibu 2024 yang akan berlangsung sempena Majlis Makan Malam Mantar Gawai Dayak Peringkat Bahagian Sibu

BERITA TERBARU

15 PATI gagal masuk Sarawak

KUCHING: Tentera Darat Malaysia (TDM) berjaya menggagalkan cubaan seramai 15 pendatang asing tanpa izin (PATI) masuk ke Sarawak menggunakan lorong tikus di Sektor Pos GABMA