ARTIKEL

Seorang rakyat Malaysia berjaya keluar dari Gaza

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PUTRAJAYA: Rakyat Malaysia Nurul Ain Haron yang berada di kawasan konflik Gaza bersama suaminya warga Palestin Mohamed A.M. Shaat selamat dibawa keluar melalui Lintasan Sempadan Rafah pada Ahad (12 Nov) pukul 8.23 malam waktu tempatan (2.23 pagi waktu Malaysia).

Kementerian Luar dalam satu kenyataan memaklumkan sejurus selepas Nurul Ain dan suami tiba di Lintasan Sempadan Rafah, beliau telah dihubungi melalui panggilan video oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir untuk bertanya khabar.

Evakuasi itu dapat dilaksanakan dengan berkesan berikutan pertemuan di antara Perdana Menteri dengan Presiden Mesir Abdel Fattah al-Sisi, semasa lawatan kerja beliau ke Mesir pada 23 Okt lepas, serta penyelarasan lanjut oleh Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah dan Kedutaan Besar Malaysia di Amman.

Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah juga sedang menghulurkan bantuan konsular yang sewajarnya kepada mereka.

Kementerian Luar turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada  Mesir, Qatar, Kedutaan Besar Republik Arab Mesir di Kuala Lumpur dan Kedutaan Besar Qatar di Kuala Lumpur atas jalinan kerjasama serta keutamaan yang diberikan kepada Malaysia dalam usaha menjalankan proses evakuasi rakyat Malaysia yang berada di kawasan konflik Gaza. -BERNAMA

BERITA LAIN

RM545 juta perkukuh Internet di Sarawak

KUCHING: Sebanyak RM545 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan fasa pertama Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2 di Sarawak, melibatkan hampir 350 lokasi di seluruh negeri. Menteri Komunikasi

BERITA TERBARU

Rayong cadang Engkilili dinaik taraf jadi daerah penuh

KUCHING: Cadangan menaik taraf Daerah Kecil Engkilili kepada daerah penuh perlu dipercepat bagi memudahkan urusan penduduk dan memperkukuh penyampaian perkhidmatan kerajaan, khususnya kepada masyarakat di