Seoul lancar program beri nama Korea kepada warga asing

SEOUL: Kerajaan Seoul melancarkan program perintis memberi nama Korea kepada warga asing sebagai sebahagian usaha mempromosi abjad Korea, hangeul, lapor agensi berita Yonhap.

Program dikenali “Korean Names for Non-Koreans” ditawarkan kepada warga asing yang tinggal di luar negara dan berminat dengan budaya Korea, kata pegawai komunikasi bandar raya Korea Park Jin Young.

Borang permohonan boleh dimuat turun dari laman web bahasa asing bandar raya itu dan dihantar ke english@seoul.go.kr.

Lima hingga 10 permohonan yang berjaya akan dipilih setiap bulan.

Bandar raya itu bekerjasama dengan pertubuhan hangeul, untuk memilih pemohon yang layak.

Datuk Bandar Seoul Park Won akan menyampaikan sijil kepada pemohon pertama yang berjaya. Sijil berkenaan akan tertera nama pemohon dalam bahasa Korea. – Bernama