ARTIKEL

Separuh rakyat Korea U menderita

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SEOUL: Hampir separuh penduduk Korea Utara menderita kekurangan makanan ketika negara miskin itu bergelut menangani krisis kekurangan bekalan yang semakin memburuk, lapor agensi berita Korea Selatan Yonhap pada Isnin memetik laporan PBB baru-baru ini.

Menurut laporan Keselamatan Makanan dan Nutrisi di Dunia 2019 yang dikeluarkan Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO), prevalens kekurangan makanan dalam kalangan penduduk Korea Utara mencecah 47.8 peratus bagi tempoh 2016 hingga 2018.

Jumlah itu menyaksikan peningkatan mendadak berbanding tempoh 2004-2006, yang berada pada tahap 35.4 peratus serta mening- kat daripada 43.4 peratus yang dilaporkan bagi tempoh 2015-2017.

Hanya tiga negara, Republik Afrika Tengah, Zimbabwe dan Haiti mencatat prevalens kekurangan makanan lebih tinggi berbanding Korea Utara dalam laporan terkini PBB itu.

“Selepas sedekad penurunan yang stabil, jumlah orang yang menderita kelaparan di dunia meningkat secara perlahan selama beberapa tahun berturut-turut,” menurut laporan itu.

Dalam laporan berasingan pada awal bulan FOTO Bernama, sumber koreaherald.com.

ini, FAO dan Program Makanan Sedunia menyatakan bahawa hasil tanaman Korea Utara tahun lepas mencapai tahap terendah sejak 2008, dengan anggaran 10 juta orang atau kira-kira 40 peratus jumlah penduduknya, berdepan keperluan mendesak untuk mendapatkan makanan.

Sementara itu, prevalens kanak-kanak Korea Utara di bawah usia lima tahun yang tumbesarannya terbantut berkurangan daripada 27.9 peratus pada 2012 kepada 19.1 peratus bagi tahun lepas.

BERITA LAIN

Trump siarkan video lelaki maut akibat harimau

WASHINGTON: Presiden AS Donald Trump memuat naik rakaman yang mengemparkan di akaun Truth Social beliau pada Selasa, memaparkan seorang lelaki di Britain yang maut dibaham

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat

BERITA TERBARU