ARTIKEL

Sepasang kekasih dicekup memiliki syabu di Bau

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BAU: Polis menahan sepasang kekasih terlibat dalam salah guna dadah di sebuah rumah di Jalan Lidah Tanah Batu Kitang, hari ini.

Kediaman terbabit diserbu sekitar jam 9.30 pagi oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Dadah Bau sebelum bertindak menahan kedua-dua suspek berusia 31 dan 39 tahun.

Ketua Polis Daerah Bau DSP Poge Nyaon berkata, pemeriksaan awal polis menemui sepeket plastik kecil lutsinar dan plastik straw kecil berwarna merah masing-masing berisi syabu berada di atas meja.

“Hasil pemeriksaan menemui dadah syabu dianggarkan seberat 0.35 gram.

“Ujian saringan awal air kencing turut mengesahkan kedua-dua suspek positif dadah jenis Amphetamine dan Methamphetamine,” jelasnya menerusi satu kenyataan hari ini.

Dedahnya, suspek wanita pernah ditangkap dan mempunyai rekod kesalahan jenayah lampau.

Tambahnya, kedua-dua suspek akan dipohon untuk ditahan reman pada 13 Oktober 2020.

Ujarnya, kes disiasat di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(a) ADB 1952.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha